Wednesday, 1 May 2013

MUSIM INI DATANG LAGI....

Mac dan April 2013 merupakan musim yang terlalu sibuk.   Musim yang sangat padat dengan peristiwa.   Musim yang terlalu banyak kejadian yang berlaku.   Gout aku sudah alhamdullillah sembuh! Entah apa ubat yang aku makan pun aku sendiri tidak sedari. Terlalu pil banyak yang ditelan. Hari aku update blog ini ialah 30 April 2013, hari di mana pagi-pagi seperti biasa ke SRIDA menghantar anak sekolah rendah!   Isy...sedar-sedar sudah 4 bulan aku menghantar dan mengambil anak di SRIDA yang letaknya 32 km dari rumah 64 km pergi balik dan 102km untuk perjalanan sehari dengan tooll sebanyak RM12 sehari!

Bayangkan dek non,   duit yang aku korbankan untuk pendidikan anakku nan terakhir ini!   Sekolah terbaik tau! Bukan aku tipu! Memang terbaik..lengkap segalanya!

Selepas itu aku kembali ke sekolah memulakan apa yang sepatutnya dimulakan. Tapi di sekolah hari ini  aku tertarik pada beberapa perkara...pertama aku diminta mengisi borang guru penasihat pengakap! He he he...aku ni sudah 46 bro! Udah tak larat lagi mehu menangani isu2 kepengakapan ini walaupun sebenarnya dalam hati masih berbunga semangat itu.

Aku masuk ke dalam ofisku (ofis adalah nama yang lebih sesuai dari bilik kaunseling sebenarnya...namun kalau aku sebutkan ofis...aku rasa mesti ada cikgu bengang.  Chait...bilik kaunseling adalah bilik kaunseling bukannya ofis- tapi cuba korang kaji, kami bukan cikgu yang mengajar matematik atau Sains....aku guru vbimbingan dan kaunseling! So bilik kaunseling actually an OFFICE! Stop!) Tapi tak palah...terknikal saja sebab aku ni bukan jenis banyak songeh dalam hidup. Kalau kita terlalu banyak songeh dalam hidup, sebenarnya kita meletakkan satu tahap dalam pemikiran kita...tahap itulah yang membuatkan kita stress kalau kita tidak dapat mencapainya! Betul aku cakap...So, biasakan dirimu dengan tidak banyak songeh...so hidupmu akan bahagia!

Ahad baru-baru ini aku memberi motivasi di perhimpunan SMK Seri Mahawangsa...Dimulakan dengan cerita pemberian bateri oleh guruku cikgu Hatta sewaktu di Perlis dahulu~of coz sekolahku ialah SMKA! Dia bertanyakan ..."Amin...apa yang hang nampak dengan bateri ini?"
"Saya nampak kuasa sebuah torchlight!"
"Lagi?"
" Menyuarakan radio!"
"Lagi?"
"Kalau habis kuasanya...buat baling anjing!"
"He he he...! Cuba kau baca apa yang tertulis di bateri itu?"
"Eveready!"
"Ya...kau kena eveready..bersedia sentiasa!"
Kebetulannya, memang pagi itu aku "dijemput" untuk memberikan motivasi tanpa diberitahu! Dan aku sentiasa bersedia di mindaku dengan pelbagai topik dan perbincangan yang boleh aku ketengahkan. Susah ke nak biasakan diri dengan MEMBERI! Tak susah asalkan sentiasa mempraktiskannya dengan ILMU! Ada bahan, segalanya akan menjadi mudah... Bagaimana mendapatkan bahan? Entah aku pun tak tahu tapi kelebihanku mendapatkan ilmu tanpa banyak membaca ini sangat-sangat aku hargai.   Aku lebih suka mendengar dari bercakap.   Sebenarnya mendengar ini adalah amalan yang sangat baik untuk gain(dapatkan) ilmu. Kadangkala, pemerhatian yang tajam juga memainkan peranan namun yang paling besar sekali ialah kuriaan Allah ini tidak pernah aku persia-siakan dengan sewenang-wenangnya.   Korang percaya tak bahawa aku sebenarnya lebih selesa memperolehi ilmu at glance! Sekali pandang sahaja! Aku pantang membaca buku banyak-banyak sehingga 4 atau 5 buah sekali gus sehari seperti kata-kata kawanku Mi Gila Maritim...

"Kita kena banyak membaca bro!" Betul dari satu aspek namun bagi aku dengan tahap aku sekarang yang terlalu sibuk dengan kerja-kerja kudrat ini membuatkan aku rasa kurang tepat kalau aku banyak membaca! Mesti ada orang marah dengan kenyataan aku sebegini! Buang masa aku sahaja! Ok aku bagi contoh.... bacaan yang aku amek dari meja anakku NOTA SEORANG LELAKI hadiah dari kakak angkat anakku! Penulis hebat si Fahruol Joi(betolke nama dia nih)...entah apa-apa! Tapi aku komen berkaitan dengan aku dan pandanganku terhadap buku tu...Pak Sheikh Ustaz Fakhruol kalau dengar dia bercakap memang sedap di dengar. Dan kalau nak sedap membaca buku yang dia tulis kena bayangkan dia yang bercakap baru bersemangat nak baca bukan membaca buku Pak Sheikh ni dengan membayangkan Pak Din pengetua aku yang bercakap...Hancussssss! kih kih kih! Mengumpat ke? Oppssss!

Masuk ke dalam bilik kaunseling aku perasan bahawa terlalu banyak kertas atas meja...PRoses kemaskini pun bermula! Fail baru demi fail baru berjalan dan dikeluarkan.   Empat fail baru aku keluarkan...Fail ponteng, fail umum dan dua lagi aku tak ingat! Tengah-tengah dok buat kerja tetiba cikgu masuk...
"Cikgu Amin....please help one of our student!"
"Why? Apa sudah jadi?"
"Dia tak boleh cope matematik dan matematik tambahan...he need to change to kelas 4T2!"
"Macam mana dia dalam kelas?"
"Dia bila diterangkan, dia blurrrrr...!" Ayat ni sebijik macam bini aku kata dekat aku pasai matematik anak aku yang tingkatan 5 nih!...Chait!
Something has to be done!
"OK saya cuba!"
"Thanks cikgu!"
Cikgu itu berlalu dari bilik kaunseling...IKRAM! Pasai pa jadi lagu tu? Ikram selalu acting as technician sekolah. Kalau ada evebt apa-apa dialah tukang pasang mikrofon dan sebagainya. NAk tukar kelas ke kelas belakang aku naik kesian tapi kadangkala berbaloi tukar kelas sebab subjek bukan segalanya untuk berjaya.
Prinsip mudah aku ialah "KAU NAK MASUK ALIRAN SAINS DENGAN MENDAPAT 4A ATAU ALIRAN SASTERA DENGAN MENDAPAT 9A? As simple as that!
 PRS plak tu....! Adoih! Dah jadi macam anak aku sendiri! Sangat rapat denganku!
Nantilah selepas rehat aku akan berjumpa dengannya!
Sekarang selesaikan fail dulu---fail dulu!

Tanganku berjalan-jalan menebuk lubang kertas demi kertas dan di susun ke dalam fail yang disediakan. Kepala sebenarnya melayang ke pelbagai perkara....Kereta yang masih belum siap, kenari yang jem enjinnya! Adusssss.....sekarang bawa V6 anak menakan! Takut accident! Terpaksa bro! Terpaksa! Tak pe...Allah akan berikan sesuatu padaku! SANGAT OPTIMIS!

Tetiba ternampak balang kaca...teringat cikgu Suriati.....Lantas bangun ke bilik guru utama...Menyapa cikgu Suriati...
"Balang sudah ada....pokoknya mana?" cikgu Suriati tersenyum. He he he manis sekali! Kah kah kah...versi gatai sudah keluar! Tak ade maknanya, bini orang!
"Letak atas peti ais...nanti saya masukkan pokok!"
So aku pergi membasuh balang kaca tersebut dan menyerahkan balang yang aku beli sejak zaman Mbah Sunarti lagi (2006 rasanya) dan aku letakkan di atas mejanya! Suriati mengambil dan meletakkannya di atas peti ais!
Siapa Mbah Sunarti? He he he kaunselor atau bekas rakan sekerja aku...Ha ha ha...macam -macam cerita pasai budak ni! Tapi aku tamau cerita pasai dia...biaq pi la. Dia dah berpindah ke Selatan tanah air dan aku pernah jumpa dia tahun lepas...oleh kerana ending kami tak elok,,,tahun lepas pun kami tak bertegur sapa. Dan yang pasti aku tak tau pasai pa dia tak tegog aku! Biag lah! Biag masa yang menentukan!

On my way ke bilik kaunseling aku singgah di wakaf kenangan bakti! Bertemu dengan dua orang budak. Satu baru keluar dari ICU lagi sorang budak yang aku bawa ke kem bina sahsiah!
"Hang apa khabag?" Aku tanyakan kepada budak icu tu...
"Baik cikgu!"
"Dengag kata hang koma! Brapa lama?"
"7 jam cikgu. Depa kena boh letrik di dada saya cikgu bagi jantung berdegup balik"
Oh yaka....inilah peluang yang Allah bagi dekat hang supaya hang mampu bertaubat. Supaya hang mampu menjadi orang yang sempurna. Banyak sebenarnya yang hang tak sempat buat lagi. KERJA, KERETA KAWEN!
Senyum...budak ni entah apalah perjalanan hidupnya. Dengar kata kaki perempuan...! Kacau!
"Cikgu tau tak...saya cari cikgu malam tu!"
"Bila?"
"Malam tu!"
"Cari cikgu buat apa?"
"Kan cikgu kata kami masuk khemah orang perempuan!"
"Sapa kata...cikgu sebut umum saja. Pasai pa hang pi marah plak? Hang masuk sungguh kot!"
"Dak la...nasib baik cikgu tadak!"
Nampak samseng budak nih. Telinga nipis aku mula menggelegak...
"Kalau cikgu ada. hang nak buat apa?"
"Tak tau la, ni la cikgu...!" sambil memegang kaki! Kurang akar. Control man control! Lelaki yang hebat adalah lelaki yang menguasai marahnya!

"Mat...hang kenai dak sapa cikgu? Hang kenai dak sapa cikgu Syukri? Hang tak kenai sapa kami dua hang jangan dok pandai-pandai tunjuk kurang ajar!" aku berkata lembut. Budak ni kalau di tampar silap-silap aku kena dengan pengetua. Apatah lagi kalau tanpa rotan...memang tidak akan memihak pada guru. Terbaik ialah dengan merotan melalui guru disiplin. Satu lagi budak yang tidak diajar bagaimana harus bertindak dengan baik ..bagaimana dia akan bertindak dengan baik tanpa bantuan kita sebagai guru.

Tapi memang mendidih betul telingaku mendengar kata2 sebegini! Aku memberikan nasihat segera!
"Mat...hang jangan tau cakap saja. Lidah kita memang tidak bertulang. Boleh dan mampu mengeluarkan pelbagai kenyataan yang kadangkala tanpa siapa sangka akan terkeluar dari diri kita...!Kita sendiri tak tau apa kesan kemudian hari.   Hang tau dak kata-kata hang ni sangat kasar dan melukakan hati cikgu. HAng tau dak kata cikgu Syukri tu bekas askar!"

Dia tunduk...member ICU lagilah tunduk!
"Hang tau dak Mat(bukan nama sebenar). betapa teruknya mahu menyelenggarakan dan membuat satu-satu program seperti di Pendang LAke Resort kelmarin! Hang cuma membayar RM10 sahaja...Sedangkan sekolah membayar sebanyak RM6088...!"

Dia tunduk!

"Hang tau dak kami cuma tidoq 3 jam saja!"

Kepala dia semakin tunduk! Malu rasanya. Budak memang tidak tahu sebenarnya apa yang dia lakukan!


sambung......