Friday, 28 December 2012

KALAU NABI MENERIMA SMS ITU!

Assalamualaikum buat semua..Selawat dan salam untuk Nabi junjungan Muhammad SAW kekasih hatiku..Sememangnya Rasullullah adalah ikutan kita, contoh hidup kita, teladan hidup kita. Ya Rasullullah~ aku tetap merinduimu!
Hari ini aku ke GIANT dengan harapan mencari sesuatu untuk perubatan mengeluarkan asik urik yang bersarang di dalam tubuhku... Setelah mengambil anakanda di pusat tiusyen di rumah seorang sahabat, kami berdua bergerak ke giant Alor Setar. 
Bergerak ke Giant memakan masa setengah jam membuatkan aku bercerita tentang Gangnam style, berdasarkan maklumat yang diperolehi dari fb seorang rakan. Banyak ceritanya yang boleh dimaklumkan kepada anda semua namun saya tidak mahu memberikan fokus pada cerita gangnam style itu.   
Apa yang lebih penting dari itu ialah bagaimana kita mencari sesuatu dalam hidup kita, sesuatu yang sangat penting melebihi dari diri kita sendiri...Iaitu hidayah dari Allah SWT.
Maka orang pun bertanya kepadaku! Hidayah perlu dicari? Ya...hidayah perlu dicari barulah Allah SWT akan menganugerahkan kepada kita hidayah tersebut!   Hidayah ataupun petunjuk yang diberikan oleh Allah mengikut kesiapsiagaan manusia memperolehinya.   Sebagai contoh, seorang merasa sayu melihat seorang imam mencuci tandas masjid...maka dia akan melihat betapa humblenya penganut Islam ini.   Tidak ada pangkat atau kasta yang wajib diketengahkan dalam mengamalkan Islam. Ini dibuktikan oleh sirah Rasulullullah SAW sepanjang kehidupannya. Selepas aku ke Giant, aku menuruni ke tingkat bawah  untuk  melihat buku-buku agama di kedai buku agama. Memandang ke sebuah buku kisah Rasullullah sememangnya membuatkan aku begitu tertarik tentang tajuk bagaimana tawadhuknya Rasullullah saw di kalangan para sahabat!
Suatu hari Rasullullah saw suatu hari mahu bersama-sama dengan sahabat mengadakan jamuan dan mereka masing-masing membahagikan tugas-tugas dalam melancarkan program kenduri tersebut.    Masing ada yang meminta menyiang daging, ada yang bertugas untuk memasak....Akhirnya sampai kepada Rasullullah saw beliau menawarkan diri pada para sahabat untuk mengutip kayu api...Para sahabat terkejut, masing-masing mahu menawarkan diri untuk mengutip kayu api tersebut...Rasulullah menyebut bahawa beliau juga adalah manusia biasa yang boleh melakukan kerja-kerja tersebut.   
Itulah betapa merendah dirinya seorang insan bernama Muhammad SAW. Sebab itulah bagi orang yang mengkaji tentang beliau pasti akan merinduinya lebih dari merindui ahli keluarga bahakan kekasih hati.
Aku pernah berbekas di hati apabila teman rapat tidak membalas SMS...Merasakan aku adalah seorang yang tidak ada dalam hatinya...merasakan bahawa perbahabatan ini bukanlah persahabatan yang ikhlas dan mempunyai kekuatan sendiri mahu pun di atas landasan fillah! Bukan setakat si suami...satu keluarga macam tu...tidak membalas SMS. 
Walaupun macam keanak-anakan sikapku tapi bukan itu isunya, isu yang lebih penting ialah KALAU NABI YANG MENERIMA SMS ITU?(Tentu SMS bukan maksiat kan)
Jadi aku pun berhujjah...kalau lah Nabi ada di kalangan kita dan dia menerima SMS dari aku insan biasa yang tidak ada apa-apa...Adakah Nabi yang mulia ini akan membalas SMS aku?

Aku terlalu yakin 100% bahawa Nabi yang mulai akan membalasnya!
Bahkan bukan setakat 100% malah 150% dia akan membalas SMS aku! Jadi siapalah kita yang tidak mahu membalas SMS seorang sahabat yang mahu bertanyakan khabar! Mulia sangatkah kita sehingga kita bersikap sebegitu! Membiarkan orang sekeliling menahan perasaan dengan ikhlas bertanyakan kahabar! 
Sebab itulah apabila aku sendirian,mengalir air mataku mengenangkan betapa bahagianya sekiranya aku bersama Nabi, menjadi pencacai Nabi! Pencacai dengan hanya mengangkat begnya sahaja! Atau mencuci kakinya yang mulia! Ya Allah rindunya! Kerana Nabi kita adalah semulia-mulia insan yang sentiasa bersedia mendengar rintihan dan keluhan setiap insan. Bahkan Nabi adalah seorang yang terlalu pandai mengambil hati! ANabi adalah seorang mulia! Percakapan, perbuatan dan semua amalannya adalah datang dari Allah SWT di bawah bimbingan dan naungan wahyu!
Nabi yang membawa kepada kita agama yang sangat-sangat memberi rahmat di seluruh alam! Rahmat dalam bentuk yang pelbagai! Sosialisasi, ekonomi, pemikiran, ketauhidan dan sebagainya!

Saturday, 8 December 2012

Hidup ini...



Aku seorang guru. Guru bimbingan dan kaunseling. Tugasku banyak yang perlu dilakukan. Pelbagai perkara perlu dilakukan olehku setiap hari ke arah mahu menjadikan anak muridku seorang insan yang berguna dimasa depan. Berguna dalam erti kata menjadikan diri sebagai makhluk Allah, dan menjadikan Nabi Muhammad junjungan kita sebagai idola diri mereka yang tertinggi. 


Pelbagai pendekatan yang perlu dilakukan olehku untuk menjadikan program yang dijalankan memberi manfaat yang sangat berguna kepada mereka. 

Namun begitu hidup ini sebenarnya direncanakan oleh Allah swt dalam kerangkaNya sendiri. Kita mampu merancang menjadikan diri kita sebagai itu, sebagai ini, namun sebenarnya Allah sudah menulis siapa diri kita sebenarnya. Kata guruku, adalah menjadi satu kebodohan sekiranya kita merancang menjadi itu dan ini sedangkan sebenarnya kita lupa bahawa setiap langkah kita dirancang oleh Allah swt. Sebenarnya kita berada di bawah perancangan Allah SWT! Nyawa kita dipegang oleh~Nya...

Oleh itu orang yang bijak ialah orang yang menyerahkan segalaNya kepada Allah SWT.

Ha...macam atas mimbar berkhutbah la pulok!

Okaylah...

Sepanjang sebulan dua ni...aku berjinak-jinak dengan pengajian pondok. Aku memang kaki pemilih tok guru...Aku tatau la pasai pa! Memilih bebenor! 

Payahla macam ni! Memang! 

BUKAN PASAL POLITIK TAU...(tapi ada sikit-sikit saja)

Kalau aku pi mengaji dan menadah kitab dan mendengar cara pengajian di pondok tersebut tidak tersentuh di hati alamatnya dua atau tiga kali pi aku akan jadi tawar hati. Dah tak pi dah!


Tapi kali ni, aku sangat suka dengan pengajian di Pondok Gajah Teriyak sebab dalam 8 kali aku pi dengar 7 kali aku akan mengalirkan air mata dengan pengisian yang diberikan oleh Baba Khairul Anwar! Aku tatau pasai pa...memang hatiku terketuk selalu! Mindaku terasa seperti dibuai dengan kata-katanya yang begitu lembut menampar lembut pipi hatiku yang terasa semakin keras membatu. Nikmatnya seolah-olah Nabi sedang berkata sesuatu pada kita. 

Korang bayangkan kata-kata hadis Nabi yang bermaksud "Ulamak Pewaris Para Nabi..." Memang, aku nampak benar betapa kelembutan Baba Khairul yang aku rasakan sangat bertepatan dengan ciri kelembutan para Nabi.... Membuatkan aku terbayang betapa akhlak Rasullullah yang lembut dan sangat memahami para sahabat serta orang sekeliling sehingga memenangi insan-insan yang bersamanya! Bayang para sahabat yang tenang rasa hati apabila menatap wajah Nabi kesayangan kita...Apatah lagi kalau kita dinasihati terus oleh Nabi Muhammad SAW. Kata-kata lembutnya, kasih sayangnya, cintanya pada para umat yang melaut. Allah ..Aku terlalu rindukan Nabi kecintaan~Mu YA Allah...Kisah yang boleh diambil dari sirahnya terlalu banyak..

Sebab tu kalau korang tengok program Ustaz Don mengerjakan umrah dan ziarah, di hadapan gua Hira' ~Ustaz Don meminta penonton agar duduk dan merenung seketika tentang perjuangan Nabi, betapa susahnya membawa risalah Islam pada umat manusia...perjuangannya untuk beruzlah di Gua Hira' tersebut semata-mata mendidik hati agak bertautan kepada Allah kerana masyarakat Mekah pada masa itu jahiliyyahnya terlalu mendesak, terlalu menekan jiwa sehinggakan beliau sukan menegakkan iman di jiwa. Sebijik macam kita sekarang di Malaysia...dengan orang sekeliling yang selalu mengajak ke arah maksiat dan dosa!

Suatu hari diceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW meminta sahabat membacakan Al Quran dihadapannya (aku lupa apakah nama Sahabat tersebut)...Sahabat tersebut menyatakan sapalah saya nak baca Al Quran berbanding~engkau insan yang diturunkan Al Quran! Nabi tetap dengan lembut meminta sahabat tersebut membaca ayat-ayat Al Quran tersebut, maka sahabat tersebut membacakan ayat-ayat Al Quran~ Nabi menangis mendengar bacaan ayat-ayat al Quran tersebut.

Allahuakbar...

Menangis Nabi!

Ada dua persoalan di sini yang ingin aku utarakan, pertama~Kenapa Nabi menangis? Kedua~Kenapa Nabi meminta sahabat membacakan ayat Al Quran tersebut? Pertama yang aku boleh huraikan ialah tentang sifat kehambaan Nabi dan tawadhuk~merendah Nabi dengan para sahabatnya! Memang kalau kita lihat dalam sejarah perjuangan Rasullullah bab merendah diri (bukan berasa rendah diri) adalah Nabi...dan Nabi itu ada merendah diri. Sebab itu para sahabat sangat selesa bila berada di sebelah Nabi...terasa seronok, terasa tautan hati dengan Nabi ini membuatkan para sahabat ternanti-nanti untuk berada di sebelah Nabi. Kita yang tidak pernah mengkaji atau kurang mengkaji sifat Nabi ini mungkin tidak nampak apakah yang menyebabkan sahabat menyukai Nabi ini. Tapi kalau ambik sedikit masa maka mungkin akan ternampak sedikit demi sedikit bahawa Nabi sangat-sangat disenangi oleh para sahabat!

Cuba kita bayangkan pembesar datang ke rumah kita duduk di rumah kita dan makan nasi tengahari...Apa yang kta rasa? Tatau nak cerita betapa kita sangat seronoknya kita dengan kehadiran pembesar tersebut! Mungkin kta akan menceritakan hal tersebut berhari-hari lamanya! Inikan pula sahabat diminta membacakan ayat al Quran tersebut! Besag hatinya kerana merasakan dia begitu dihargai! Kalaulah aku ditempat tersebut! Alangkah! 

Aku jadi tempat Nabi berpijak pun tak pa dah! Korang pernah tak nampak orang lawan sukaneka menyusun batu bata? Tau tak? 


Kalau tau, aku nak cakap dekat korang, kalau Nabi ada aku sanggup menjadikan badanku sebagai batu bata habuan Nabi bergerak! Kalau dia tak bagi, aku sanggup menjadikan pakaian aku sebagai batu bata itu demi sayangku pada Nabi! Kerana hidup ini bermatlamatkan akhirat...dan kurniaan yang paling besar apabila kita duduk bersama-sama Nabi disyurga! Allahhhhh!

Nikmatnya...!

Jadi, korang boleh bayangkan tak bagaimana kelembutan Baba Khairul tu yang menyebabkan aku tak boleh tinggalkan pengajiannya! Pasai aku terlalu suka! Pasai aku sudah jatuh cinta! pasai aku sudah rindu dengan kelembutan Nabi Muhammad SAW! Pasai pengajian itu mengetuk pintu hatiku! Allahuakbar! Kalau ada masa pergilah mengaji bersamanya! 

Sekian!

Tuesday, 4 December 2012

MANISNYA SAKIT INI ...YA ALLAH!

Guot melanda! Kali ini di sendi ibujari sebelah kaki kiriku!   Berdenyut seiring dengan nadi darahku!   Gout terhasil akibat pembentukan bebola kristal di sendi-sendi. Sememangnya nikat ini telah ditarik oleh Allah swt dengan sekejap.
Kalau dulu kaki aku inilah yang mengembara satu dunia untuk bersama-sama menetapkan matlamat mencari ilmu. Hutan demi hutan aku redah. Lautan demi lautan aku tempuhi, angkasa demi angkasa aku pergi. Semata-mata mencari ilmu. Padang, sawah, sungai, ceruk rantau denai dan charok aku gagahi mencari semata-mata berilmukan alam ciptaan Allah swt yang serba indah dan mencabar ini.
Namun kali ini Allah menarik sedikit dari nikmat-nikmat yang Allah berikan kepadaku. Aku terperosok di penjuru rumah melayan pedih dan peritnya sakit di kaki!   Hanya duduk memandang dinding bilik dan terbaring memadang siling putih ciptaan manusia.

Ya Allah! Aku bersyukur dengan kejadian ini membuatkan aku semakin menghampirimu.   Aku bersyukur dengan kesakitan ini membuatkan aku semakin mendekatkan diri padamu.
Ya Allah, betapa banyak dosa yang aku lakukan. Aku sedar bahawa inilah kifarat dosa yang telah lama aku lakukan selama ini.
Ya Allah! Ampunkan diriku yang selalu melakukan dosa ini.
Denyutan ini adalah denyutan dosa.   Alhamsullillah dengan sakit ini kerana semakin sakit Ya Allah maka semakin banyak dosaku terhapus.
Ya Allah cinta hatiku! Ku merelakan kesakitanku ini kerana aku pastinya tidak tertanggung dengan balasan di akhirat nanti. Balasan di alam kubur dek kerana dosa yang telah aku lakukan di dunia ini.

Ya Allah kekasihku!   Aku tetap bersyukur dengan sakitnya kakiku ini kerana kesakitanku ini menunjukkan Engkau Ya Allah masih memandangku dengan pandangan AR-ROHMAN ~ AR-ROHIM!  Kasih dan sayangmu.  Melihatku dengan kasih dan sayang ini sememangnya mahal. Tarbiyyahmu ini Ya Allah, begitu bermakna padaku.   Kerana dengan sakit inilah menguatkan diri semakin  memulakan diriku untuk menghampiriMu dengan hakikat sebenarnya mendekatimu.Dengan sunguh-sungguh!
Gerak menghampirimu mesti dijalankan dengan segera kerana aku tidak tahu berapa lama lagi aku akan hidup di dunia ini.  
Ya Allah...aku bersyukur dengan apa yang engkau kurniakan kepadaku selama ini. Ampunkan aku kerana jauh dari Mu Ya Allah. Ampunkan aku Ya Allah kerana meninggalkan sunnah yang ditunjukkan oleh junjungan Mu Nabi kesayangan kecintaanku RasululAmieen Muhammad SAW.
Berilah peluang kepadaku untuk kembali bertawajjuh kepada~Mu dengan sebenar-benar tawajjuh!   Tawajjuh yang ikhlas kerana-Mu...Tawajjuh berserah segalanya buatMu..Sesungguhnya aku tahu Engkau mengetahui apa keperluanku! Engkau mengetahui setiap sudut rasa, fikiran dan kehendakku, Engkau maha mengetahui apa yang terbuku di dalam hatiku...Aku terlalu ingin lari dari dunia yang penuh pura-pura , dunia penuh dosa dan maksiat ini Ya Allah!

Wujudkanlah di dalam hatiku segala ~Nya hanya Engkau Ya Allah.   Hilangkanlah lain selain dari Mu wahai Tuhan kecintaanku! Lenyapkanlah segala yang lain selain dariMu wahai kecintaanku!
Ya Allah, munajat ini sesungguhnya engkau maha mengetahui wahai Tuhan Robbul Jalil! Sesungguhnya engkaulah maha mengetahui betapa aku memerlukanMu setiap setik jantungku bergetar, setiap detik denyutan nadiku.   
Ya Allah kekasih hatiku...Sakit yang dianugerahkan ini adalah sakit yang penuh hikmah...Penuh tarbiyyah~ penuh mujahadah yang perlu diisikan dengan berzikir padaMu.   Sungguh, mengingatiMu sememangnya menenangkan hatiku.   Membayang kesakitan ini dengan balasan anugerah syurgaMu.   Aku mengerti ayat tentang jual beli jiwa ku dengan syurgamu wahai Tuhan kecintaanKu...
Ya Allah..Robbul Jalil...Aku sangat bersyukur dengan apa yang dikurniakan kepadaku...Helaan nafasku, denyut jantungku, pandangan mataku, nikmat pendengaran, bau-bauan  begitu menyenangkan hatiku.   Sungguh aku bersyukur...jauhilah aku Ya Allah cinta hatiku dari bersifat dengan sifat melupakan segala nikmat yang engkau berikan Ya Allah!
Jauhilah aku dari bermaksiat padaMu Ya Allah! Sesungguhnya kesakitan yang engkau berikan adalah satu nikmat untuk aku menghampiri pada Mu...Oleh itu ampunkanlah dosa-dosaku Ya Allah! Ampunkahlah dosa-dosaku Ya Robbi...Ampunkanlah segala khilafku Ya Rahman! Ya Allah! Ya Allaaaaah!
Ampunkanlah Ya Allah!