Tuesday, 8 January 2013

Ammar dan Aishah

Anakandaku Ammar dan Aishah

Rindu menggamit lagi
Pada memori
Pada rona singkapnya hati
Pada satu kenangan abadi

Anakanda tercinta
Kemana pergi...ke mana menghilang diri
Sunyi
Sepi
Bungkam rasa diri ini
Mengenang diri anakanda
Yang menangisi tragedi
Yang tidak pernah walid impi terjadi...

Memang
Sajak indah memoir sang puisi ini
Masih cuba untuk
Terus melagukan irama indah

Gagahkan diri untuk
Cuba mencari riuh syuhada
Yang,
Melayang di celah-celah dedahan Jannatul Firdaus...
Dengan senyum
Dengan tawa
Dengan wajah bercahaya
Meminum air telaga Firdaus...

Dimana wahai anakanda
menghilangkan diri
Dimana anakanda
Menyembunyikan diri

Kaki tua ini sudah tidak mampu mencari
Jejakmu
Sudah hilang upaya mencium bau
harumnya akhlakmu
Sudah hampir putus asa merencanakan
Sina wal humairo'!
Walid mu terlalu ingin mengumpul kembali
kekuatan diri
Yang kini semakin berlalu pergi...

Walid terlalu ingin kita bergurau seperti dahulu lagi
Dengan ikhlas
Dengan tuntas
Dengan jelas
Bersama mengembalikan ruh kepada Robbul jalil
Bersama mengembalikan ubudiyyah kita kepada Nya
Saling ingat mengingati
          Cerita begitu begini
          Kisah semangat perang para sahabat dan para Nabi
          Ceritera wangian Musab bin Umair
          Khabar kekuatan taubat para sahabat

Anakandaku Ammar,
Kita diketemukan Tuhan
Namun
Tanpa pernah bersemuka
dan tidak mungkin kita akan bersemuka
Kerana kita bukan apa-apa
Kerana kita bukan ada hubungan apa
Hanya ukhuwwah fillah
Ikhlas kerana Dia

Anakandaku Ammar,
Kini hati sedikit terisi
Dengan serikandi kedua mengisah jiwa
Penuh doa penuh kata-kata
Ayahanda teruja dengan apa jua lontaran ilmu di dada
Membina iman membina jiwa

Membuat ayahanda lupa seketika relau di jiwa
Wah,

Humaira terganti kini
Aishah bergalang ganti
Namun ayahanda masih berhati-hati
Agar
Tidak pisang berbuah ke dua kali

Anakanda
Ingat di jiwa
Ingat di mana-mana
IKHLAS lah dalam hubungan sesama manusia
Agar hati IBLIS tidak tumbuh tidak melata
Kerna jiwa terhijab dek ikhlas kerana Nya...

Alhmdullillah pengubat segala
Hati dan jiwa
Jua segala

Terima kasih wahai anakanda
Kerana sudi hadir
Menemani hati rang tua
Yang jangan-jangan
Esok lusa bertemu Tuhan nya

Biarlah Aishah ditemani doktor si Ibnu Sina
Ayahanda tidak akan lupa segala kata bicara
Selama kami mesra bagaikan anak dan bapa

Terima kasih serikandi anakanda
Terima kasih serikandi anakanda
Terimakasih serikandi anakanda

Kerana hadir di mata dan di jiwa
Moga Allah membalas jasa
Melayan aku si tua ....

salam segala!

Sunday, 6 January 2013

MARI BERMUJAHADAH...



Rupa-rupanya hidup ini sangat-sangat membahagiakan sekiranya kita hidup di bawah lembayung Al-Quran.   Bahagia ini dapat dirasa di jiwa, di raga- menusuk ke hati kita.  
Alangkah enaknya kiranya bahagia ini dirasa oleh semua manusia.   Di rasa oleh semua saudara sedunia.   
Bahagia ini bukan bahagia buat-buatan. 
Bahagia ini bukan bahagia rekaan seperti mana fatamorgana...dari jauh kelihatan cantik berkilauan, berair indah namun mendekatinya hilang bagaikan angin lalu.   


Kenapa kita tidak mahu mencari bahagia ini? Ibarat seorang tua yang dilihat dari jauh seolah-olah tidak ada apa-apa...Namun sekiranya didekati, khazanah yang berada di dalam dirinya sangat bernilai bahkan kadangkala kalau dikorek lebih bernilai dari dunia dan seisinya.  

Namun rasa bahagia di dalam hati adakah di reka-reka atau dicipta-cipta? Tidak!  Bahagia di dalam hati kita adalah anugerah Allah SWT kepada hambanya yang beriman dan bertaqwa kepada-Nya.    Benar bahagia boleh dibeli...Dengan berkereta besar, dengan adanya rumah besar, pakaiannya mahal-mahal, bebas berbelanja dengan segalanya! 

Namun adakah itu hakikat bahagia?   

Atas apa kita berpegang dengan bahagia? Segala atas wang! Dengan wang kita ada segalanya namun sekiranya kita ditakdirkan Allah SWT jatuh bangkrap...tidak berduit...lantas kita tidak mampu lagi berbelanja bahkan membayar wang  letrik pun terpaksa berhutang dengan orang lain...maka di mana bahagia kita? Sebab hati kita hanya terletak di wang sebagai ILAH kita...sebagai tumpuan hati kita...Sebab itulah bahagia adalah sesuatu yang bertakhta di hati! Bukan di fizikal luaran mata kasar kita. Subhanallah!   
Allah-lah yang melontarkan bahagia pada orang yang dikehendakkiNya! Bagaimanaorang yang dipilih Nya? Mereka adalah orang yang memilih Islam sebagai jalan hidup! Kenapa  orang sentiasa bermujahadah dalam hidupnya? Kerana diistilahkan sebagai antara jalan menuju Allah ialah dengan bermujahadah linnafs!   

Berjuang mengatasi runtunan hawa nafsu sendiri dengan menggunakan beberapa jalan mujahadah seperti menjaga lisan, menjaga fizikal, menjaga pandangan dan yang ebih penting ialah menjaga hati dari dikotori!
Hati yang dikotori oleh sebarang maksiat dan dosa adalah penyebab utama tidak ada rasa bahagia!   Hati yang bersih ibarat cermin dapat menhampirkan diri pada Allah sehinggakan pengiktirafan Allah pada orang yang menghampirinya ibarat geraknya adalah gerak Allah!

Bagaimana mahu mendapatkan geraknya adalah gerak Allah..memerlukan perjuangan mujahadah nafs yang sangat bersungguh-sungguh dan konsisten! Kadangkala memerlukan masa yang paajang dan yang paling penting ialah mesti memulakannya dengan ilmu!   Mulakan dengan ilmu di surau dan berdoalah agar anda dikurniakan dengan perjumpaan dengan guru-guru yang murshid.   Jangan berlengah kerana kita tidak tahu bilakah ruh kita akan di jemput mengadap Illahi! Bila mati bertamu, maka di situ kita tidak ada harapan untuk menempa bahagia dan sejahtera di sana, di syurga Allah yang kekal selamanya.
Itulah sebenarnya hakikat kehidupan kita, mencari redho Allah. Sekiranya Allah meredhoi kita maka bahagia akan muncul di dalam hati kita...!
Salam untuk semua....mari bermujahadah!

Langkah Bermula...!

Anakanda!
Selamat datang ke dunia pendidikan
Dunia penuh gelak tawa
Tangis duka
Sendu sedan
Tawa ria

Anakku!
Ingatlah bahawa segalanya
Bermula dengan niat ikhlas
Bermulalah dengan BASMALAH
Agar jiwa tenang
Hati terang
Ruhmu tidak kering kontang

Anakku!
Korban UMMI sangat besar
Keringat UMMI sangat malar
Lelah UMMI sangat makar
Lenguh UMMI begitu lekar

Hargailah wahai anakku!
Hargailah ibumu!
Hargailah ibumu!
Hargailah Ummi MU!

Maka jerkahkan nafsumu
Agar mengikutmu
Bukan engkau mengikutnya!
Bukan engkau melangkah jejaknya
Bukan engkau menyantuninya
Cobalah nyahkan nafsu letihmu
Coba buangkan rasa keluh kesahmu
Agar bercahaya hatimu dengan kesungguhan
                                    dengan keindahan akhlakmu