Tajuk ini aku pilih pastinya bukan untuk meniru perjalanan
seseorang dari Negeri Sembilan ke menchester atau dari Banggol Besi ke jalan
lain di Hamovniki…Tidak sama sekali. Apalah yang ada di dalam diari kembara
iniberbanding diari kembara mereka yang yang sangat antik, lestari dan
authentik berbanding nama Jitra dan Shah Alam itu. Memang aku pernah tinggal di Shah Alam
beberapa bulan menemani sisi sunyi kehidupan kekanda yang punya bungalow mewah
di jalan bunga raya (walaupun sebenarnya jiwaku di SMKA dan hati di Lana
Bulu~yang sering mengiramakan Kuala Lumpur Alleycats dan Sederap Komando oleh
Search, ruhku di usrah bersama sahabat JIM di Perlis dan Jitra). Semua ini
sebenarnya membawa tarbiyyah ruhiyyah yang terkesan dalam masa yang sama
melebarkan masa jahiliyyah yang bersarang di jiwa remaja tidak tentu arah. Huh!
Namun aku tetap aku yang punyai jiwa “JACK OF THE ALLTRADE BUT MASTER OF
NONE”. Susah sangatke nak bersifat
sepertiku? Memang susah sebab mampu melakukan sesuatu kesemuanya. Sekali pandang sudah mampu melakukan sesuatu
namun sebenarnya aku yang penat!!! Semua mesti aku lakukan….bermain bola,
pengakap, mengorat, membaca Al Quran, berpencak silat, seni menulis, belajar menulis tulisan jawi dan khat,
memberi arahan kawad dengan suara kuat, berpersatuan…akhirnya aku lelah
sendiri! Memang aku penat dan letih! Akhirnya aku menumpukan pada perjalanan di
bidang perguruan. Walaupun sebenarnya kerjaya ini tidak sebati dengan jiwaku
namun sekarang aku sudah mampu tersenyum gembira dengan kerjaya sebagai seorang
guru bimbingan dan kaunseling di SMK Seri Mahawangsa! Wahhhh terbaek!
Perjalanan dari Jitra membabitkan beberapa tarikh penuh
rahsia Tuhan. Rahsia Allah yang
sememangnya menggerakkan aku sedang berlenang dengan isteri di atas kereta
avanza melayan pelbagai cerita IKIM ke Alor Setar bagi memberli baju raya
anakanda. Berbual dengan suara manja zaujah membuatkan kadangkala aku terleka
seketika. Memang dia pandai menggoda. Aku ke Shah Alam demi panggilan bersuara lemah
di hujung talian. Anakku memberi penerangan penuh lemah…sindrom denggi!
Jam 12.30 tengah hari aku sudah selambak di atas kerusi 7A
bas Etika dua tingkatan ke Shah Alam bertemankan beg polo berisikan minyak
attar, minyak rambut, sikat, colgate, berus gigi, kain tuala , dua helai kain
pelikat beberapa helai baju dan pakaian dalam. Teringat kisah Kuch Kuch Hota He..bila anak si
hero buat- buat bersin di hujung talian maka si hero berlari penuh gaya ke
summer camp risaukan anaknya! Dan akhirnya dia bertemu kembali cinta hatinya!
Reaksi si hero sewaktu kembali bertemu dengan makwenya. Memangnya aku tak boleh
lupa! Malu-malu gitu! Wahhhhhh…Alangkah bahagianya kalau aku jadi lagu tu.
Hisyyyy …di syurga la plak jumpa dengan my angel yang semestinya sedang memerhatikan
di tingkap syurga apa yang aku sedang lakukan di dunia. Wait for me my bidadari…I ll be there In Sya
Allah! Sesungguhnya janji Allah pada hamba-hambanya yang beriman dan bertaqwa
ialah balasan bidadari syurga yang mampu melayan suami sebanyak seratus kali
sehari semalam. Masya Allah! Nafsu
apakah ini? Memang, sememangnya itu adalah anugerah Allah kepada orang yang
beriman. Sebab itulah kita sangat perlu meyakini apa yang berlaku pada semua
yang diberitahu oleh para ulamak. Tidak ada sesuatu pun yang menjadi keraguan
tentang hal-hal sebegini!
Diri tersentap dengan dengkuran sendiri! Kuat agaknya sampai
diri sendiri terkejut menyedari batepa kekuatan dengkuran itu menggetar separuh
badanku. Memandang sekeliling…Dua kerusi
kosong di sebelah kananku masih belum berisi. Menjenguk di luar jendela bas
berwarna merah ini. Aku sudah sampai ke Sungai Petani selatan. Seorang anak
India berada empat baris di hadapanku. Memandang ke baris belakangnya meminta
sesuatu mungkin dari mak sedaranya. Mulutnya kumat kumit mengunyah sesuatu. Di
hadapanku adalah seorang kakak bermuka masam, depannya anak dara berbadan
gempal. Bas dua tingkat bergerak lagi…Sampai di sungai Dua bas berhenti di
hadapan toll sungai dua berhampiran dengan sebuah kereta.
bersambung....