Monday 31 March 2014

ALLAH MAHA MENGETAHUI...

Alhamdullillah trip ke Kuala Lumpur tamat dengan jayanya.   Ratusan batu yang berjalan memang dirasakan cukup membahagiakan. Walaupun dengan dua bas berisikan 73 pelajar, 5 guru pengiring 3 driver maka kami bergerak dengan lafaz bisbillahitawakkalna allallah! bergerak dengan sponsor bersarat air, bun berserta hati yang ikhlas memajukan dan menjelaskan
anak-anak.
Perjalanan ini sebenarnya dibantu oleh anak-anak tingkatan 1 dan 2 yang ikhlas memberikan duit sebanyak rm100 seorang maka perjalanan ini menyebabkan kami boleh ke KL dan Shah Alam. Sebenarnya banyak bebenor perkara yang berlaku sebelum kami mahu bertolak ke KL. MAklumlah mahu membawa budak seramai 73 orang bukannya sedikitkepala yang perlu dikawal dengan hanya berbekalkan 5 orang cikgu...So aku bertindak sedikit tegas dengan tidak memililih pelajar yang tidak bersisiplin untuk ke sana. Kalau tak jadilah macam program tahun lepas yang membuatkan kami terpaksa mengawal pelajar di depan pintu bilik hotel.
sambung cerita...

Wednesday 5 March 2014

SOLAT BERJEMAAH SUBUH YANG MEMBAHAGIAKAN!

Tahun 2014 ini aku memulakan entri baruku dengan bersyukur sangat kepada Allah kerana dengan taufik dan hidayahnya maka aku dapat bertahan di bumi Nya yang terbentang luas ini.

Sunday 13 October 2013

SEBELUM WAFATNYA AMINAH BT WAHAB, BELIAU SEMPAT MENGUKAPKAN SYAIR KEPADA ANAKNYA SAW YANG KETIKA ITU BERUMUR 5 TAHUN, DAN RASULULLAH BERADA DI SEBELAH KEPALA AMINAH 

ALLAH memberkatimu berbanding kanak-kanak lain
wahai anak seorang yang mendapat darip
ada kematian

terselamat dengan pertolaongan tuan MAHA PEMBERI
maka diganti diat selepas diundi

dengan seratus ekor unta yang jinak
jika benar mimpi yang aku nampak

Engkaulah utusan kepada manusia
dari tuhan yang maha hebat lagi kaya

Engkau diutus membawa halal dan haram
Engkau diutus membawa kebenaran dalam islam

AGAMA MOYANGMU IBRAHIM YANG MAHA MULIA
PASTI ALLAH MENJAGAMU DARI BERHALA

kamu tidak mengikut kaummu mempertuankannya

kemudia beliau berkata
"setiap yang mati, setiap yang baru akan rosak, setiap yang besar akan binasa, nanti aku mati tp nama ku tetap kekal kerana aku telah meninggalkan satu kebaikan dan melahirkan satu kesucian" 

sejurus kemudian beliau wafat
direkod khadamnya ummu aiman(khadam mereka)

Tuesday 30 July 2013

dari Jitra ke Shah Alam...

Tajuk ini aku pilih pastinya bukan untuk meniru perjalanan seseorang dari Negeri Sembilan ke menchester atau dari Banggol Besi ke jalan lain di Hamovniki…Tidak sama sekali. Apalah yang ada di dalam diari kembara iniberbanding diari kembara mereka yang yang sangat antik, lestari dan authentik berbanding nama Jitra dan Shah Alam itu.   Memang aku pernah tinggal di Shah Alam beberapa bulan menemani sisi sunyi kehidupan kekanda yang punya bungalow mewah di jalan bunga raya (walaupun sebenarnya jiwaku di SMKA dan hati di Lana Bulu~yang sering mengiramakan Kuala Lumpur Alleycats dan Sederap Komando oleh Search, ruhku di usrah bersama sahabat JIM di Perlis dan Jitra). Semua ini sebenarnya membawa tarbiyyah ruhiyyah yang terkesan dalam masa yang sama melebarkan masa jahiliyyah yang bersarang di jiwa remaja tidak tentu arah. Huh!
Namun aku tetap aku yang punyai jiwa  “JACK OF THE ALLTRADE BUT MASTER OF NONE”.  Susah sangatke nak bersifat sepertiku? Memang susah sebab mampu melakukan sesuatu kesemuanya.   Sekali pandang sudah mampu melakukan sesuatu namun sebenarnya aku yang penat!!! Semua mesti aku lakukan….bermain bola, pengakap, mengorat, membaca Al Quran, berpencak silat, seni menulis,  belajar menulis tulisan jawi dan khat, memberi arahan kawad dengan suara kuat, berpersatuan…akhirnya aku lelah sendiri! Memang aku penat dan letih! Akhirnya aku menumpukan pada perjalanan di bidang perguruan. Walaupun sebenarnya kerjaya ini tidak sebati dengan jiwaku namun sekarang aku sudah mampu tersenyum gembira dengan kerjaya sebagai seorang guru bimbingan dan kaunseling di SMK Seri Mahawangsa! Wahhhh terbaek!
Perjalanan dari Jitra membabitkan beberapa tarikh penuh rahsia Tuhan.   Rahsia Allah yang sememangnya menggerakkan aku sedang berlenang dengan isteri di atas kereta avanza melayan pelbagai cerita IKIM ke Alor Setar bagi memberli baju raya anakanda. Berbual dengan suara manja zaujah membuatkan kadangkala aku terleka seketika.   Memang dia pandai menggoda.  Aku ke Shah Alam demi panggilan bersuara lemah di hujung talian. Anakku memberi penerangan penuh lemah…sindrom denggi!
Jam 12.30 tengah hari aku sudah selambak di atas kerusi 7A bas Etika dua tingkatan ke Shah Alam bertemankan beg polo berisikan minyak attar, minyak rambut, sikat, colgate, berus gigi, kain tuala , dua helai kain pelikat beberapa helai baju dan pakaian dalam.  Teringat kisah Kuch Kuch Hota He..bila anak si hero buat- buat bersin di hujung talian maka si hero berlari penuh gaya ke summer camp risaukan anaknya! Dan akhirnya dia bertemu kembali cinta hatinya! Reaksi si hero sewaktu kembali bertemu dengan makwenya. Memangnya aku tak boleh lupa! Malu-malu gitu! Wahhhhhh…Alangkah bahagianya kalau aku jadi lagu tu. Hisyyyy …di syurga la plak jumpa dengan my angel yang semestinya sedang memerhatikan di tingkap syurga apa yang aku sedang lakukan di dunia.   Wait for me my bidadari…I ll be there In Sya Allah! Sesungguhnya janji Allah pada hamba-hambanya yang beriman dan bertaqwa ialah balasan bidadari syurga yang mampu melayan suami sebanyak seratus kali sehari semalam. Masya Allah!  Nafsu apakah ini? Memang, sememangnya itu adalah anugerah Allah kepada orang yang beriman. Sebab itulah kita sangat perlu meyakini apa yang berlaku pada semua yang diberitahu oleh para ulamak. Tidak ada sesuatu pun yang menjadi keraguan tentang hal-hal sebegini!

Diri tersentap dengan dengkuran sendiri! Kuat agaknya sampai diri sendiri terkejut menyedari batepa kekuatan dengkuran itu menggetar separuh badanku.  Memandang sekeliling…Dua kerusi kosong di sebelah kananku masih belum berisi. Menjenguk di luar jendela bas berwarna merah ini. Aku sudah sampai ke Sungai Petani selatan. Seorang anak India berada empat baris di hadapanku. Memandang ke baris belakangnya meminta sesuatu mungkin dari mak sedaranya. Mulutnya kumat kumit mengunyah sesuatu. Di hadapanku adalah seorang kakak bermuka masam, depannya anak dara berbadan gempal. Bas dua tingkat bergerak lagi…Sampai di sungai Dua bas berhenti di hadapan toll sungai dua berhampiran dengan sebuah kereta. 
bersambung.... 

Wednesday 1 May 2013

MUSIM INI DATANG LAGI....

Mac dan April 2013 merupakan musim yang terlalu sibuk.   Musim yang sangat padat dengan peristiwa.   Musim yang terlalu banyak kejadian yang berlaku.   Gout aku sudah alhamdullillah sembuh! Entah apa ubat yang aku makan pun aku sendiri tidak sedari. Terlalu pil banyak yang ditelan. Hari aku update blog ini ialah 30 April 2013, hari di mana pagi-pagi seperti biasa ke SRIDA menghantar anak sekolah rendah!   Isy...sedar-sedar sudah 4 bulan aku menghantar dan mengambil anak di SRIDA yang letaknya 32 km dari rumah 64 km pergi balik dan 102km untuk perjalanan sehari dengan tooll sebanyak RM12 sehari!

Bayangkan dek non,   duit yang aku korbankan untuk pendidikan anakku nan terakhir ini!   Sekolah terbaik tau! Bukan aku tipu! Memang terbaik..lengkap segalanya!

Selepas itu aku kembali ke sekolah memulakan apa yang sepatutnya dimulakan. Tapi di sekolah hari ini  aku tertarik pada beberapa perkara...pertama aku diminta mengisi borang guru penasihat pengakap! He he he...aku ni sudah 46 bro! Udah tak larat lagi mehu menangani isu2 kepengakapan ini walaupun sebenarnya dalam hati masih berbunga semangat itu.

Aku masuk ke dalam ofisku (ofis adalah nama yang lebih sesuai dari bilik kaunseling sebenarnya...namun kalau aku sebutkan ofis...aku rasa mesti ada cikgu bengang.  Chait...bilik kaunseling adalah bilik kaunseling bukannya ofis- tapi cuba korang kaji, kami bukan cikgu yang mengajar matematik atau Sains....aku guru vbimbingan dan kaunseling! So bilik kaunseling actually an OFFICE! Stop!) Tapi tak palah...terknikal saja sebab aku ni bukan jenis banyak songeh dalam hidup. Kalau kita terlalu banyak songeh dalam hidup, sebenarnya kita meletakkan satu tahap dalam pemikiran kita...tahap itulah yang membuatkan kita stress kalau kita tidak dapat mencapainya! Betul aku cakap...So, biasakan dirimu dengan tidak banyak songeh...so hidupmu akan bahagia!

Ahad baru-baru ini aku memberi motivasi di perhimpunan SMK Seri Mahawangsa...Dimulakan dengan cerita pemberian bateri oleh guruku cikgu Hatta sewaktu di Perlis dahulu~of coz sekolahku ialah SMKA! Dia bertanyakan ..."Amin...apa yang hang nampak dengan bateri ini?"
"Saya nampak kuasa sebuah torchlight!"
"Lagi?"
" Menyuarakan radio!"
"Lagi?"
"Kalau habis kuasanya...buat baling anjing!"
"He he he...! Cuba kau baca apa yang tertulis di bateri itu?"
"Eveready!"
"Ya...kau kena eveready..bersedia sentiasa!"
Kebetulannya, memang pagi itu aku "dijemput" untuk memberikan motivasi tanpa diberitahu! Dan aku sentiasa bersedia di mindaku dengan pelbagai topik dan perbincangan yang boleh aku ketengahkan. Susah ke nak biasakan diri dengan MEMBERI! Tak susah asalkan sentiasa mempraktiskannya dengan ILMU! Ada bahan, segalanya akan menjadi mudah... Bagaimana mendapatkan bahan? Entah aku pun tak tahu tapi kelebihanku mendapatkan ilmu tanpa banyak membaca ini sangat-sangat aku hargai.   Aku lebih suka mendengar dari bercakap.   Sebenarnya mendengar ini adalah amalan yang sangat baik untuk gain(dapatkan) ilmu. Kadangkala, pemerhatian yang tajam juga memainkan peranan namun yang paling besar sekali ialah kuriaan Allah ini tidak pernah aku persia-siakan dengan sewenang-wenangnya.   Korang percaya tak bahawa aku sebenarnya lebih selesa memperolehi ilmu at glance! Sekali pandang sahaja! Aku pantang membaca buku banyak-banyak sehingga 4 atau 5 buah sekali gus sehari seperti kata-kata kawanku Mi Gila Maritim...

"Kita kena banyak membaca bro!" Betul dari satu aspek namun bagi aku dengan tahap aku sekarang yang terlalu sibuk dengan kerja-kerja kudrat ini membuatkan aku rasa kurang tepat kalau aku banyak membaca! Mesti ada orang marah dengan kenyataan aku sebegini! Buang masa aku sahaja! Ok aku bagi contoh.... bacaan yang aku amek dari meja anakku NOTA SEORANG LELAKI hadiah dari kakak angkat anakku! Penulis hebat si Fahruol Joi(betolke nama dia nih)...entah apa-apa! Tapi aku komen berkaitan dengan aku dan pandanganku terhadap buku tu...Pak Sheikh Ustaz Fakhruol kalau dengar dia bercakap memang sedap di dengar. Dan kalau nak sedap membaca buku yang dia tulis kena bayangkan dia yang bercakap baru bersemangat nak baca bukan membaca buku Pak Sheikh ni dengan membayangkan Pak Din pengetua aku yang bercakap...Hancussssss! kih kih kih! Mengumpat ke? Oppssss!

Masuk ke dalam bilik kaunseling aku perasan bahawa terlalu banyak kertas atas meja...PRoses kemaskini pun bermula! Fail baru demi fail baru berjalan dan dikeluarkan.   Empat fail baru aku keluarkan...Fail ponteng, fail umum dan dua lagi aku tak ingat! Tengah-tengah dok buat kerja tetiba cikgu masuk...
"Cikgu Amin....please help one of our student!"
"Why? Apa sudah jadi?"
"Dia tak boleh cope matematik dan matematik tambahan...he need to change to kelas 4T2!"
"Macam mana dia dalam kelas?"
"Dia bila diterangkan, dia blurrrrr...!" Ayat ni sebijik macam bini aku kata dekat aku pasai matematik anak aku yang tingkatan 5 nih!...Chait!
Something has to be done!
"OK saya cuba!"
"Thanks cikgu!"
Cikgu itu berlalu dari bilik kaunseling...IKRAM! Pasai pa jadi lagu tu? Ikram selalu acting as technician sekolah. Kalau ada evebt apa-apa dialah tukang pasang mikrofon dan sebagainya. NAk tukar kelas ke kelas belakang aku naik kesian tapi kadangkala berbaloi tukar kelas sebab subjek bukan segalanya untuk berjaya.
Prinsip mudah aku ialah "KAU NAK MASUK ALIRAN SAINS DENGAN MENDAPAT 4A ATAU ALIRAN SASTERA DENGAN MENDAPAT 9A? As simple as that!
 PRS plak tu....! Adoih! Dah jadi macam anak aku sendiri! Sangat rapat denganku!
Nantilah selepas rehat aku akan berjumpa dengannya!
Sekarang selesaikan fail dulu---fail dulu!

Tanganku berjalan-jalan menebuk lubang kertas demi kertas dan di susun ke dalam fail yang disediakan. Kepala sebenarnya melayang ke pelbagai perkara....Kereta yang masih belum siap, kenari yang jem enjinnya! Adusssss.....sekarang bawa V6 anak menakan! Takut accident! Terpaksa bro! Terpaksa! Tak pe...Allah akan berikan sesuatu padaku! SANGAT OPTIMIS!

Tetiba ternampak balang kaca...teringat cikgu Suriati.....Lantas bangun ke bilik guru utama...Menyapa cikgu Suriati...
"Balang sudah ada....pokoknya mana?" cikgu Suriati tersenyum. He he he manis sekali! Kah kah kah...versi gatai sudah keluar! Tak ade maknanya, bini orang!
"Letak atas peti ais...nanti saya masukkan pokok!"
So aku pergi membasuh balang kaca tersebut dan menyerahkan balang yang aku beli sejak zaman Mbah Sunarti lagi (2006 rasanya) dan aku letakkan di atas mejanya! Suriati mengambil dan meletakkannya di atas peti ais!
Siapa Mbah Sunarti? He he he kaunselor atau bekas rakan sekerja aku...Ha ha ha...macam -macam cerita pasai budak ni! Tapi aku tamau cerita pasai dia...biaq pi la. Dia dah berpindah ke Selatan tanah air dan aku pernah jumpa dia tahun lepas...oleh kerana ending kami tak elok,,,tahun lepas pun kami tak bertegur sapa. Dan yang pasti aku tak tau pasai pa dia tak tegog aku! Biag lah! Biag masa yang menentukan!

On my way ke bilik kaunseling aku singgah di wakaf kenangan bakti! Bertemu dengan dua orang budak. Satu baru keluar dari ICU lagi sorang budak yang aku bawa ke kem bina sahsiah!
"Hang apa khabag?" Aku tanyakan kepada budak icu tu...
"Baik cikgu!"
"Dengag kata hang koma! Brapa lama?"
"7 jam cikgu. Depa kena boh letrik di dada saya cikgu bagi jantung berdegup balik"
Oh yaka....inilah peluang yang Allah bagi dekat hang supaya hang mampu bertaubat. Supaya hang mampu menjadi orang yang sempurna. Banyak sebenarnya yang hang tak sempat buat lagi. KERJA, KERETA KAWEN!
Senyum...budak ni entah apalah perjalanan hidupnya. Dengar kata kaki perempuan...! Kacau!
"Cikgu tau tak...saya cari cikgu malam tu!"
"Bila?"
"Malam tu!"
"Cari cikgu buat apa?"
"Kan cikgu kata kami masuk khemah orang perempuan!"
"Sapa kata...cikgu sebut umum saja. Pasai pa hang pi marah plak? Hang masuk sungguh kot!"
"Dak la...nasib baik cikgu tadak!"
Nampak samseng budak nih. Telinga nipis aku mula menggelegak...
"Kalau cikgu ada. hang nak buat apa?"
"Tak tau la, ni la cikgu...!" sambil memegang kaki! Kurang akar. Control man control! Lelaki yang hebat adalah lelaki yang menguasai marahnya!

"Mat...hang kenai dak sapa cikgu? Hang kenai dak sapa cikgu Syukri? Hang tak kenai sapa kami dua hang jangan dok pandai-pandai tunjuk kurang ajar!" aku berkata lembut. Budak ni kalau di tampar silap-silap aku kena dengan pengetua. Apatah lagi kalau tanpa rotan...memang tidak akan memihak pada guru. Terbaik ialah dengan merotan melalui guru disiplin. Satu lagi budak yang tidak diajar bagaimana harus bertindak dengan baik ..bagaimana dia akan bertindak dengan baik tanpa bantuan kita sebagai guru.

Tapi memang mendidih betul telingaku mendengar kata2 sebegini! Aku memberikan nasihat segera!
"Mat...hang jangan tau cakap saja. Lidah kita memang tidak bertulang. Boleh dan mampu mengeluarkan pelbagai kenyataan yang kadangkala tanpa siapa sangka akan terkeluar dari diri kita...!Kita sendiri tak tau apa kesan kemudian hari.   Hang tau dak kata-kata hang ni sangat kasar dan melukakan hati cikgu. HAng tau dak kata cikgu Syukri tu bekas askar!"

Dia tunduk...member ICU lagilah tunduk!
"Hang tau dak Mat(bukan nama sebenar). betapa teruknya mahu menyelenggarakan dan membuat satu-satu program seperti di Pendang LAke Resort kelmarin! Hang cuma membayar RM10 sahaja...Sedangkan sekolah membayar sebanyak RM6088...!"

Dia tunduk!

"Hang tau dak kami cuma tidoq 3 jam saja!"

Kepala dia semakin tunduk! Malu rasanya. Budak memang tidak tahu sebenarnya apa yang dia lakukan!


sambung......
















Monday 18 March 2013

Hari ini 18 Mac 2013....

Hari ini kakiku sedikit surut dari bengkak.  Namun sakit masih bersisa. Jalanku berdengkang dengkot perlahan...Rasanya hari ini merupakan hari paling malas untuk aku ke sekolah. Memang bebanan kerja semakin  mencengkam.  Laporan pelajar bercumbu,sesi kaunseling, buku rekod kaunseling yang dua minggu tak tertulis memang memeningkan kepalaku.
Kadangkala memikirkan kata-kata sahabat bahawa GOUT datang sebab kau tu terlalu stress...BETUL jugak!
Aku Semenjak jadi kaunselor di sekolah menengah ini memang terlalu stress...Banyak kerja nak di cover.   Lega dengan bacaan Al Quran yang aku lakukan seharian membuatkan  hati menjadi tenang!
Sekarang aku tengah berusaha menjadi seorang yang kurus.   Doktor klinik mutiara menyebut antara faktor Gout ialah berat badan yang melampau...Memang! Berat badanku skerang ialah 96 kg...sepatutnya berat badan idealku ialah 67 kg sahaja...Adussss....Cikgu Anis Herbalife menegur...Tahu tak kau seolah-olah membawa 30kg setiap masa bermaksud 3 kampit beras yang beratnya 10 kg setiap satu...Adoih!
Jadi aku berazam untuk menurunkan berat badanku! Bermula 17 Mac 2013....
18 Mac...aku berpuasa sunat hari Isnin! Esok start shake and tea!

Huallah! Best pasai ada matlamat baru...berazam mencapai 75kg dalam masa 3 bulan! Boleh ke? Bolehhhh In Sya Allah! Doakan aku beb!

Hari ini, di sekolah PK Hem mengajak aku ke rumah pelajar kes bercium! Kakiku slow bergerak! Kalau laju masalah lagi akan membengkak!  Hari ini dah tak de orang sms bertanyakan silap makan apa?  He he he...tamau kata apa sebab kadangkala dari seni komunikasi ini kita tahu level pemikiran seseorang itu macam mana...opppssss! Sori!

Ok...kami bergerak ke sebuah rumah di Taman Pasu...Sememangnya alamat pelajar di Taman Pasu tertera di dalam buku rekod kehadiran harian...Aku membuat penggilan telefon semasa di dalam kereta PK HEm...yang mengangkat telefon suara wanita berumur pertengahan tahun di hujung talian! Memang begitu sukar untuk aku meneka umurnya namun dari gaya cakapnya dia berumur 50an...Aku menerangkan sedikit hasratku untuk berbual mengenai anak perempuannya yang melakukan salahlaku di sekolah...Ayat yang aku terima ialah
"Dia buat pulak dah!" membayangkan pelajar ini adalah pelajar yang bermasalah di sekolah lama dahulu!

Si ibu menerangkan bahawa pelajar ini kini tidak tinggal dengan mereka kerana mereka tidak berkeupayaan untuk menjaga anak perempuan nan seorang ini.  Jadi budak ini diletakkan di bawah jagaan bapa saudaranya! Memang...kata pepatah menjaga anak perempuan seorang lebih payah dari menjaga sekandang lembu atau kerbau! Betul...

Kami terus ke sebuah sekolah setelah mengatahui bahawa bapa sedaranya berkerja di sebuah sekolah berdekatan dengan sekolah kami! Di sana kami menuju ke pejabat sekolah mencari bapa sedara pelajar ini...Kebetulan bapa sedaranya keluar....Kami menunggu di kantin sekolah dan lima belas minit bapa sedaranya datang dengan senyuman...

"Saya sudah tahu,....tadi mak dia sudah bagi tahu....!"

Senang kerja kami!

Perbincangan bermula! Aku teringat cikgu Saad mai rumah aku dok berbincang pasai aku buas dulu! Kih kih kih,....macam ni lah kisahnya! Bezanya aku ke sekolah menengah tanpa perempuan. Mungkin depa rasa aku ni kaki lemah dengan perempuan kot! Tapi itu dulu...Sekarang sudah terhijab! In sya Allah dengan tipu daya wanita! Sebab aku sangat berpengalaman dengan perempuan...Dan aku sangat boleh memberi khidmat nasihat berkaitan dengan perempuan!

Akhir sekali kami pun chow dengan PK Hem kekenyangan menelan seribu satu bahan yang dimasukkan ke dalan sepinggan mee! Aku? menelan air liur sahaja! Chait! Leceh bebnor PKHem aku nih! Dah tahu aku ni puasa kau hormatla sikit diri ini wahai Pk Hem! Ini tak. melantak bagiuh punya depan aku mee goreng tu...feveret aku plak! Cissssss!

so kami memberitahu bahawa budak ini akan di gantung seminggu pada bapa sedaranya! Makluman awal sudah diberitahu agar waris tidak terkejut..Kalau tak bahaya! Masuk surat khabar mampuih kami!

So kami pun bergerak pulak ke rumah ke dua...rumah pak we budak perempuan nih! Seorang budak cerdik...bekas pelajar MRSM...masuk sekolah aku pasai malas!
.......So kesimpulannya...hari ini selepas balik dari berjalan-jalan aku balik ke sekolah menyiapkan laporan budak bercium, laporan lawatan rumah pelajar serta konsultansi waris dan akhir sekali konsultansi dengan bebudak di sekolah!

Damn tired! Kakiku? Semakin membengkak!   Sedikit berdenyut!

2.15 Aku balik ke rumah terus ke Alor Setar dan menerima SMS dari seseorang...

"Cikgu tak mai mesyuarat ke? "

"Mesyuarat apa?"

"Mesyuarat pengacaraan majlis...hari anugerah cemerlang!"

"Bila"

"Sekarang!"

"Hah?"

Jam menunjukkan ke 2.30 petang.....Tobat aku dah tak mau pi sekolah dah.....Mata pun semakin layu....ready untuk amek anak di SRIDA!   Maka aku pun tertido sekejap sambil menunggu isteri tercinta balik!

Kruk krak kruk krak bunyi kunci pintu di buka....taraaa! Biniku balik dengan senyuman walaupun mukanya nampak letih!

........sambung!

Indahnya hidup ini!

2013 tahun penuh tragedi. Emang aku tidak pernah menyangka beberapa peristiwa yang berlaku dala, hidup ini tertimpa di teratak hidupku.    Peristiwa kemalangan ngeri, sakit gout yang disengajakan, suaraku yang hilang, si Bubu kehilangan machonya.......Tiada yang lain aku saksikan melainkan segala peristiwa yang berlaku memang dalam perancangan ~Nya.

Baru kali ini diri berani membuka kembali blog kasih ini. Entah mengapa, berat rasa hati aku mahu menulis ke blog ini.

Malas ke? Tak...cuma terkadang aku merasakan sesutu yang begitu menghalang aku dari menulis di dalam blog ini.

Ok macam nih...aku sekarang mencuba beberapa bidang baru bagi mengisi kekosongan dan masa lapang yang terjemla akiubat dari beberapa kebebasan dalam urusan seharian.  Kalau dulu sedari kecil aku sangat kuat bersukan, berlari 100 dan 200 meter....lompat jauh, badminton melompat sana sini....di samping menjadi hero kampung meragas(memanjat) pokok demi pokok...

Bila mengunsur dewasa, aku menjadi seorang yang sukakan aktiviti memancing, bersama team menjadi penangkap hantu, belajar silat seledang merah, bersama kamping sana sini...dan sedari kini aktivitiku adalah meneruskan pengajian di pondok sambil belajar beberapa perkara tentang sesuatu( sengaja aku rahsiakan)...

Jadi sekarang ini yang menjadi masalahnya susah bebenor aku mahu menaip di blog kesayanganku ini.

Kali ini aku ingin mengungkap satu cerita...Kisah seorang gadis yang terlalu baik, cantik, berumur 16 tahun di sekolahku!   Sememangnya aku tidak pernah mengetahui tentang sikap sebenarnya namun bila di siasat baru aku tahu dia mempunyai seorang kawan yang memakai ilmu guna-guna.