Friday, 28 December 2012

KALAU NABI MENERIMA SMS ITU!

Assalamualaikum buat semua..Selawat dan salam untuk Nabi junjungan Muhammad SAW kekasih hatiku..Sememangnya Rasullullah adalah ikutan kita, contoh hidup kita, teladan hidup kita. Ya Rasullullah~ aku tetap merinduimu!
Hari ini aku ke GIANT dengan harapan mencari sesuatu untuk perubatan mengeluarkan asik urik yang bersarang di dalam tubuhku... Setelah mengambil anakanda di pusat tiusyen di rumah seorang sahabat, kami berdua bergerak ke giant Alor Setar. 
Bergerak ke Giant memakan masa setengah jam membuatkan aku bercerita tentang Gangnam style, berdasarkan maklumat yang diperolehi dari fb seorang rakan. Banyak ceritanya yang boleh dimaklumkan kepada anda semua namun saya tidak mahu memberikan fokus pada cerita gangnam style itu.   
Apa yang lebih penting dari itu ialah bagaimana kita mencari sesuatu dalam hidup kita, sesuatu yang sangat penting melebihi dari diri kita sendiri...Iaitu hidayah dari Allah SWT.
Maka orang pun bertanya kepadaku! Hidayah perlu dicari? Ya...hidayah perlu dicari barulah Allah SWT akan menganugerahkan kepada kita hidayah tersebut!   Hidayah ataupun petunjuk yang diberikan oleh Allah mengikut kesiapsiagaan manusia memperolehinya.   Sebagai contoh, seorang merasa sayu melihat seorang imam mencuci tandas masjid...maka dia akan melihat betapa humblenya penganut Islam ini.   Tidak ada pangkat atau kasta yang wajib diketengahkan dalam mengamalkan Islam. Ini dibuktikan oleh sirah Rasulullullah SAW sepanjang kehidupannya. Selepas aku ke Giant, aku menuruni ke tingkat bawah  untuk  melihat buku-buku agama di kedai buku agama. Memandang ke sebuah buku kisah Rasullullah sememangnya membuatkan aku begitu tertarik tentang tajuk bagaimana tawadhuknya Rasullullah saw di kalangan para sahabat!
Suatu hari Rasullullah saw suatu hari mahu bersama-sama dengan sahabat mengadakan jamuan dan mereka masing-masing membahagikan tugas-tugas dalam melancarkan program kenduri tersebut.    Masing ada yang meminta menyiang daging, ada yang bertugas untuk memasak....Akhirnya sampai kepada Rasullullah saw beliau menawarkan diri pada para sahabat untuk mengutip kayu api...Para sahabat terkejut, masing-masing mahu menawarkan diri untuk mengutip kayu api tersebut...Rasulullah menyebut bahawa beliau juga adalah manusia biasa yang boleh melakukan kerja-kerja tersebut.   
Itulah betapa merendah dirinya seorang insan bernama Muhammad SAW. Sebab itulah bagi orang yang mengkaji tentang beliau pasti akan merinduinya lebih dari merindui ahli keluarga bahakan kekasih hati.
Aku pernah berbekas di hati apabila teman rapat tidak membalas SMS...Merasakan aku adalah seorang yang tidak ada dalam hatinya...merasakan bahawa perbahabatan ini bukanlah persahabatan yang ikhlas dan mempunyai kekuatan sendiri mahu pun di atas landasan fillah! Bukan setakat si suami...satu keluarga macam tu...tidak membalas SMS. 
Walaupun macam keanak-anakan sikapku tapi bukan itu isunya, isu yang lebih penting ialah KALAU NABI YANG MENERIMA SMS ITU?(Tentu SMS bukan maksiat kan)
Jadi aku pun berhujjah...kalau lah Nabi ada di kalangan kita dan dia menerima SMS dari aku insan biasa yang tidak ada apa-apa...Adakah Nabi yang mulia ini akan membalas SMS aku?

Aku terlalu yakin 100% bahawa Nabi yang mulai akan membalasnya!
Bahkan bukan setakat 100% malah 150% dia akan membalas SMS aku! Jadi siapalah kita yang tidak mahu membalas SMS seorang sahabat yang mahu bertanyakan khabar! Mulia sangatkah kita sehingga kita bersikap sebegitu! Membiarkan orang sekeliling menahan perasaan dengan ikhlas bertanyakan kahabar! 
Sebab itulah apabila aku sendirian,mengalir air mataku mengenangkan betapa bahagianya sekiranya aku bersama Nabi, menjadi pencacai Nabi! Pencacai dengan hanya mengangkat begnya sahaja! Atau mencuci kakinya yang mulia! Ya Allah rindunya! Kerana Nabi kita adalah semulia-mulia insan yang sentiasa bersedia mendengar rintihan dan keluhan setiap insan. Bahkan Nabi adalah seorang yang terlalu pandai mengambil hati! ANabi adalah seorang mulia! Percakapan, perbuatan dan semua amalannya adalah datang dari Allah SWT di bawah bimbingan dan naungan wahyu!
Nabi yang membawa kepada kita agama yang sangat-sangat memberi rahmat di seluruh alam! Rahmat dalam bentuk yang pelbagai! Sosialisasi, ekonomi, pemikiran, ketauhidan dan sebagainya!

Saturday, 8 December 2012

Hidup ini...



Aku seorang guru. Guru bimbingan dan kaunseling. Tugasku banyak yang perlu dilakukan. Pelbagai perkara perlu dilakukan olehku setiap hari ke arah mahu menjadikan anak muridku seorang insan yang berguna dimasa depan. Berguna dalam erti kata menjadikan diri sebagai makhluk Allah, dan menjadikan Nabi Muhammad junjungan kita sebagai idola diri mereka yang tertinggi. 


Pelbagai pendekatan yang perlu dilakukan olehku untuk menjadikan program yang dijalankan memberi manfaat yang sangat berguna kepada mereka. 

Namun begitu hidup ini sebenarnya direncanakan oleh Allah swt dalam kerangkaNya sendiri. Kita mampu merancang menjadikan diri kita sebagai itu, sebagai ini, namun sebenarnya Allah sudah menulis siapa diri kita sebenarnya. Kata guruku, adalah menjadi satu kebodohan sekiranya kita merancang menjadi itu dan ini sedangkan sebenarnya kita lupa bahawa setiap langkah kita dirancang oleh Allah swt. Sebenarnya kita berada di bawah perancangan Allah SWT! Nyawa kita dipegang oleh~Nya...

Oleh itu orang yang bijak ialah orang yang menyerahkan segalaNya kepada Allah SWT.

Ha...macam atas mimbar berkhutbah la pulok!

Okaylah...

Sepanjang sebulan dua ni...aku berjinak-jinak dengan pengajian pondok. Aku memang kaki pemilih tok guru...Aku tatau la pasai pa! Memilih bebenor! 

Payahla macam ni! Memang! 

BUKAN PASAL POLITIK TAU...(tapi ada sikit-sikit saja)

Kalau aku pi mengaji dan menadah kitab dan mendengar cara pengajian di pondok tersebut tidak tersentuh di hati alamatnya dua atau tiga kali pi aku akan jadi tawar hati. Dah tak pi dah!


Tapi kali ni, aku sangat suka dengan pengajian di Pondok Gajah Teriyak sebab dalam 8 kali aku pi dengar 7 kali aku akan mengalirkan air mata dengan pengisian yang diberikan oleh Baba Khairul Anwar! Aku tatau pasai pa...memang hatiku terketuk selalu! Mindaku terasa seperti dibuai dengan kata-katanya yang begitu lembut menampar lembut pipi hatiku yang terasa semakin keras membatu. Nikmatnya seolah-olah Nabi sedang berkata sesuatu pada kita. 

Korang bayangkan kata-kata hadis Nabi yang bermaksud "Ulamak Pewaris Para Nabi..." Memang, aku nampak benar betapa kelembutan Baba Khairul yang aku rasakan sangat bertepatan dengan ciri kelembutan para Nabi.... Membuatkan aku terbayang betapa akhlak Rasullullah yang lembut dan sangat memahami para sahabat serta orang sekeliling sehingga memenangi insan-insan yang bersamanya! Bayang para sahabat yang tenang rasa hati apabila menatap wajah Nabi kesayangan kita...Apatah lagi kalau kita dinasihati terus oleh Nabi Muhammad SAW. Kata-kata lembutnya, kasih sayangnya, cintanya pada para umat yang melaut. Allah ..Aku terlalu rindukan Nabi kecintaan~Mu YA Allah...Kisah yang boleh diambil dari sirahnya terlalu banyak..

Sebab tu kalau korang tengok program Ustaz Don mengerjakan umrah dan ziarah, di hadapan gua Hira' ~Ustaz Don meminta penonton agar duduk dan merenung seketika tentang perjuangan Nabi, betapa susahnya membawa risalah Islam pada umat manusia...perjuangannya untuk beruzlah di Gua Hira' tersebut semata-mata mendidik hati agak bertautan kepada Allah kerana masyarakat Mekah pada masa itu jahiliyyahnya terlalu mendesak, terlalu menekan jiwa sehinggakan beliau sukan menegakkan iman di jiwa. Sebijik macam kita sekarang di Malaysia...dengan orang sekeliling yang selalu mengajak ke arah maksiat dan dosa!

Suatu hari diceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW meminta sahabat membacakan Al Quran dihadapannya (aku lupa apakah nama Sahabat tersebut)...Sahabat tersebut menyatakan sapalah saya nak baca Al Quran berbanding~engkau insan yang diturunkan Al Quran! Nabi tetap dengan lembut meminta sahabat tersebut membaca ayat-ayat Al Quran tersebut, maka sahabat tersebut membacakan ayat-ayat Al Quran~ Nabi menangis mendengar bacaan ayat-ayat al Quran tersebut.

Allahuakbar...

Menangis Nabi!

Ada dua persoalan di sini yang ingin aku utarakan, pertama~Kenapa Nabi menangis? Kedua~Kenapa Nabi meminta sahabat membacakan ayat Al Quran tersebut? Pertama yang aku boleh huraikan ialah tentang sifat kehambaan Nabi dan tawadhuk~merendah Nabi dengan para sahabatnya! Memang kalau kita lihat dalam sejarah perjuangan Rasullullah bab merendah diri (bukan berasa rendah diri) adalah Nabi...dan Nabi itu ada merendah diri. Sebab itu para sahabat sangat selesa bila berada di sebelah Nabi...terasa seronok, terasa tautan hati dengan Nabi ini membuatkan para sahabat ternanti-nanti untuk berada di sebelah Nabi. Kita yang tidak pernah mengkaji atau kurang mengkaji sifat Nabi ini mungkin tidak nampak apakah yang menyebabkan sahabat menyukai Nabi ini. Tapi kalau ambik sedikit masa maka mungkin akan ternampak sedikit demi sedikit bahawa Nabi sangat-sangat disenangi oleh para sahabat!

Cuba kita bayangkan pembesar datang ke rumah kita duduk di rumah kita dan makan nasi tengahari...Apa yang kta rasa? Tatau nak cerita betapa kita sangat seronoknya kita dengan kehadiran pembesar tersebut! Mungkin kta akan menceritakan hal tersebut berhari-hari lamanya! Inikan pula sahabat diminta membacakan ayat al Quran tersebut! Besag hatinya kerana merasakan dia begitu dihargai! Kalaulah aku ditempat tersebut! Alangkah! 

Aku jadi tempat Nabi berpijak pun tak pa dah! Korang pernah tak nampak orang lawan sukaneka menyusun batu bata? Tau tak? 


Kalau tau, aku nak cakap dekat korang, kalau Nabi ada aku sanggup menjadikan badanku sebagai batu bata habuan Nabi bergerak! Kalau dia tak bagi, aku sanggup menjadikan pakaian aku sebagai batu bata itu demi sayangku pada Nabi! Kerana hidup ini bermatlamatkan akhirat...dan kurniaan yang paling besar apabila kita duduk bersama-sama Nabi disyurga! Allahhhhh!

Nikmatnya...!

Jadi, korang boleh bayangkan tak bagaimana kelembutan Baba Khairul tu yang menyebabkan aku tak boleh tinggalkan pengajiannya! Pasai aku terlalu suka! Pasai aku sudah jatuh cinta! pasai aku sudah rindu dengan kelembutan Nabi Muhammad SAW! Pasai pengajian itu mengetuk pintu hatiku! Allahuakbar! Kalau ada masa pergilah mengaji bersamanya! 

Sekian!

Tuesday, 4 December 2012

MANISNYA SAKIT INI ...YA ALLAH!

Guot melanda! Kali ini di sendi ibujari sebelah kaki kiriku!   Berdenyut seiring dengan nadi darahku!   Gout terhasil akibat pembentukan bebola kristal di sendi-sendi. Sememangnya nikat ini telah ditarik oleh Allah swt dengan sekejap.
Kalau dulu kaki aku inilah yang mengembara satu dunia untuk bersama-sama menetapkan matlamat mencari ilmu. Hutan demi hutan aku redah. Lautan demi lautan aku tempuhi, angkasa demi angkasa aku pergi. Semata-mata mencari ilmu. Padang, sawah, sungai, ceruk rantau denai dan charok aku gagahi mencari semata-mata berilmukan alam ciptaan Allah swt yang serba indah dan mencabar ini.
Namun kali ini Allah menarik sedikit dari nikmat-nikmat yang Allah berikan kepadaku. Aku terperosok di penjuru rumah melayan pedih dan peritnya sakit di kaki!   Hanya duduk memandang dinding bilik dan terbaring memadang siling putih ciptaan manusia.

Ya Allah! Aku bersyukur dengan kejadian ini membuatkan aku semakin menghampirimu.   Aku bersyukur dengan kesakitan ini membuatkan aku semakin mendekatkan diri padamu.
Ya Allah, betapa banyak dosa yang aku lakukan. Aku sedar bahawa inilah kifarat dosa yang telah lama aku lakukan selama ini.
Ya Allah! Ampunkan diriku yang selalu melakukan dosa ini.
Denyutan ini adalah denyutan dosa.   Alhamsullillah dengan sakit ini kerana semakin sakit Ya Allah maka semakin banyak dosaku terhapus.
Ya Allah cinta hatiku! Ku merelakan kesakitanku ini kerana aku pastinya tidak tertanggung dengan balasan di akhirat nanti. Balasan di alam kubur dek kerana dosa yang telah aku lakukan di dunia ini.

Ya Allah kekasihku!   Aku tetap bersyukur dengan sakitnya kakiku ini kerana kesakitanku ini menunjukkan Engkau Ya Allah masih memandangku dengan pandangan AR-ROHMAN ~ AR-ROHIM!  Kasih dan sayangmu.  Melihatku dengan kasih dan sayang ini sememangnya mahal. Tarbiyyahmu ini Ya Allah, begitu bermakna padaku.   Kerana dengan sakit inilah menguatkan diri semakin  memulakan diriku untuk menghampiriMu dengan hakikat sebenarnya mendekatimu.Dengan sunguh-sungguh!
Gerak menghampirimu mesti dijalankan dengan segera kerana aku tidak tahu berapa lama lagi aku akan hidup di dunia ini.  
Ya Allah...aku bersyukur dengan apa yang engkau kurniakan kepadaku selama ini. Ampunkan aku kerana jauh dari Mu Ya Allah. Ampunkan aku Ya Allah kerana meninggalkan sunnah yang ditunjukkan oleh junjungan Mu Nabi kesayangan kecintaanku RasululAmieen Muhammad SAW.
Berilah peluang kepadaku untuk kembali bertawajjuh kepada~Mu dengan sebenar-benar tawajjuh!   Tawajjuh yang ikhlas kerana-Mu...Tawajjuh berserah segalanya buatMu..Sesungguhnya aku tahu Engkau mengetahui apa keperluanku! Engkau mengetahui setiap sudut rasa, fikiran dan kehendakku, Engkau maha mengetahui apa yang terbuku di dalam hatiku...Aku terlalu ingin lari dari dunia yang penuh pura-pura , dunia penuh dosa dan maksiat ini Ya Allah!

Wujudkanlah di dalam hatiku segala ~Nya hanya Engkau Ya Allah.   Hilangkanlah lain selain dari Mu wahai Tuhan kecintaanku! Lenyapkanlah segala yang lain selain dariMu wahai kecintaanku!
Ya Allah, munajat ini sesungguhnya engkau maha mengetahui wahai Tuhan Robbul Jalil! Sesungguhnya engkaulah maha mengetahui betapa aku memerlukanMu setiap setik jantungku bergetar, setiap detik denyutan nadiku.   
Ya Allah kekasih hatiku...Sakit yang dianugerahkan ini adalah sakit yang penuh hikmah...Penuh tarbiyyah~ penuh mujahadah yang perlu diisikan dengan berzikir padaMu.   Sungguh, mengingatiMu sememangnya menenangkan hatiku.   Membayang kesakitan ini dengan balasan anugerah syurgaMu.   Aku mengerti ayat tentang jual beli jiwa ku dengan syurgamu wahai Tuhan kecintaanKu...
Ya Allah..Robbul Jalil...Aku sangat bersyukur dengan apa yang dikurniakan kepadaku...Helaan nafasku, denyut jantungku, pandangan mataku, nikmat pendengaran, bau-bauan  begitu menyenangkan hatiku.   Sungguh aku bersyukur...jauhilah aku Ya Allah cinta hatiku dari bersifat dengan sifat melupakan segala nikmat yang engkau berikan Ya Allah!
Jauhilah aku dari bermaksiat padaMu Ya Allah! Sesungguhnya kesakitan yang engkau berikan adalah satu nikmat untuk aku menghampiri pada Mu...Oleh itu ampunkanlah dosa-dosaku Ya Allah! Ampunkahlah dosa-dosaku Ya Robbi...Ampunkanlah segala khilafku Ya Rahman! Ya Allah! Ya Allaaaaah!
Ampunkanlah Ya Allah!

Thursday, 18 October 2012

Aku...maafkan kamu!



He he ..Assalamualaikum salam sejahtera buat anda semua!

Pagi ini 18 Oktober 2012, hari dimulakan dengan menelefon PK sekolah aku Kak Hapsah bertanyakan tentang duit program bacaan Yasin hari tu…Memang di sekolah ni majlis bacaan Yasin, kami yang uruskan.   Aku tatau pasai pa kami yang kena uruskan.   Bila kami yang kena uruskan, maknanya segala-galanya kami kena uruskan. Namun nasibku agar baik kerana kak Hapsah yang banyak membantu terutama dalam urusan surat-menyurat.  

       ~Surat pemberitahuan ibu bapa,
       ~Jemputan ajk pibg,
       ~Jawatankuasa program,
       ~Surat kepada ustaz pengendali bacaan Yasin,
       ~Menguruskan duit (surat duit juga aku yang buat sekali dengan kertas cadangan   
         bro!)~  maka berjalanlah dengan penuh tangan aku yang ada dua nih!
                   Bila seattled semua kerja aku~!puas~!Yeah!


Bila hari mula mendatang jam 9 pagi, aku teringatkan kisah dua anak murid aku yang sering bertakhta di hati. Sebenagnya banyak anak aku yang aku suka. Beratus sebenagnya.   Tapi yang ini lain dari yang lain.   Yang ni memang best kalau buat menantu.   Sebab dia ada rupa, dia ada akhlak, dia menjaga aurat…pendek kata(Isy teringat kisah Pak  Din Pendek Kata~ nanti aku ceritakan, okay!)…memang dia punya pekej buat bini adalah yang terhebat la….very high class!(dia tatau kata aku cerita benda ni dalam blog aku…kalau dia tau pun dia mesti senyum punya.
Ni gambag dia! Yang sebelah kanan tu…yessss!   Dia punya belajar memanglah terbaik 
sekali!  Aku berikan dia gelaran our beauty doktor!


Jam 10 pagi menerima panggilan telefon dari seseorang!
“Morning Cikgu Amin!”
“Morning! Who is calling please”
“I am Mr Chan from ……! I am calling you bcoz I am going to explain to you about  study in Russia! Can we make an appointment?”
“Oh Mr Chan. Of coz can. But not today bcoz I am not available! May be next week!”
“Oh I see…ok next week. What day the best day for us to meet?”
“Monday at eleven. Can?”
 “Okay. I will see you on Monday!”
“Alright!”
Hmmmm berENGLISH la plak pagi nih. 

Sekolah ni pun satu. 

Yang pi bagi nombor aku dekat Cina Chan ni buat apa….Adoih!  Tak pa~ tak pa! Aku ada satu lagi nombor privasi yang aku tak bagi dekat sapa pun kecuali bini dan anak-anak aku saja!

Jam 1030, aku seperti biasa di kunjungi oleh pak Din and The Gang….Isu hari ini ialah isu panggilan BABY oleh one of them terhadap mak we dia!  Isu ni menggegarkan dengan hilai ketawa di bilik kaunseling.    Aku kegelian dengan menggerakkan badan.   Ketawa lagi dan lagi dan lagi!   Mood hepi bertambah menjelma di dalam diri!   Sememangnya bebudak ni terbaek, lebih baik dari group fixie dalam sekolah kami! Tahun depan I am gonna miss you all!  

Adoih!  

Tu yang aku meluat nak buat baek dengan student…sebab bila masuk ke bilik kaunseling aku terasa sangat sunyi setiap kali awal tahun rindu dengan bebudak tingkatan 5 setiap tahun.   Ada tahun tu aku menangis sorang-sorang terlalu teringatkan pada insan-insan anak-anak murid sebab terlalu rapat dengan depa! Hebat!


Oklah, hari ni aku pun membuat kerja-kerja perancangan kaunseling untuk tahun 2013.   Memang sememangnya tahun 2012 aku rasa sedikit kesal dengan beberapa orang yang ada kaitan dengan pemantauan unit kaunseling tahun ini. Sembang dengan manis di bibir sebenarnya kami membuat pemantauan bukanlah mahukan kepada melihat kelemahan tetapi kami nak membantu (he he he..secara tetiba jari telujukku menunjukkan ke dalam mulut~lidah terjelir mahu memuntahkan makia dan sumpah seranah!) Tapi itu kejadian dalam bukan 6 atau 7…Macam H***q!



Isu ini sebenarnya menjadi tema lagu Jamal Abdillah dan Malique…AKU MAAFKAN KAMU! Pasai depa tak tau apa yang depa kata dan aku tahu dari beberapa sumber bahawa dia ni emmang di depan kita dia akan sembur minyak wangi namun di belakangmu di lumur najis kerbau! Kih kih kih….!

Ada bro orang yang macam ni…Aku kena selalu dengan pengetua…
Aku kena direct..Tahun ni dah dua kali aku kena dan kedua-duanya adalah disebabkan oleh orang yang macam ni…
DEPAN SEMBUR WANGIAN CHANNEL BELAKANG LUMUR NAJIS BERUANG….! 
Aku tau sapa yang buat tu…tapi aku maafkan mereka kerana mereka tidak ada nilai di sisi Allah SWT! Aku tau! Sebab jenis tidak menutup malu orang! Nabi sebut, sekali kita buka mulut membuka malu orang Allah 
akan buka malu kita dengan lebih hebat! Bro…! 
Memang terbukti! 
Baik diam saja…! 
Serah pada Allah SWT!


* Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari hala merusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau kelar gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan

C/O
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Kutimbang tanpa neraca di awal usia
Kudihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati
Atas kepala murai sekawan
Baling kurambit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam diangan
Sampai terkacip mulut mahirnya

C/O
Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta

* Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Ternyata, kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan



Bila aku membuat beberapa perancangan kaunseling ni maka aku melihat beberapa perkara yang di komen oleh mereka(aku memang setuju dengan apa yang depa kata~ sebab itu kelemahan aku. Tapi yang aku tak setuju ialah bila di sangat mansi di depan aku, kita membantu kita bukan cari kelemahan~ tup-tup dia pi cerita kelemahan kami dekat pengetua! Adoih...).

Antara beberapa yang dikatakan ialah tentang KAMI NAK MEMBANTU. Tapi selepas memantau, depa pi habag dekat pengetua kelemahan kami.  
Aku sedey tau!




Isy-isy…tadi dah janji nak membantu tup tup dah pi habag dekat pengetua la plak! So, aku kena dengan pengetua!   Nak membantu bukan dengan cara memburuk-burukkan nama kami dekat pengetua.   Hang tak pa la lepaih habag dekat pengetua kami, hang bukan nak dok bekerja di MAHAWANGSA!
Aku la yang kena hadapi Tn Pengetua! Adoih..tak pa la, serah pada Allah la nak jadi apa pun!    Kerana Allah lebih mengetahui apa keperluan yang aku perlukan! 

Betul bang! Serah saja pada Allah!

Jam 2.30 aku balik ke rumah!  Tido!  Letih!

Sambung lagi bro!

Tuesday, 16 October 2012

DUA HARI PENUH PERISTIWA.....

Semalam 15 Oktober 2012 dan hari ini 16 Oktober 2012 masa berjalan with full of speed!   Semangat bekerja hari ini separuh gembira separuh kecewa.
Tapi dengan sikap profesional aku terus melangkah!

He he he...masih belum happy dengan apa yang berlaku samada sekeliling mahupun dalam diri sendiri.

Aku berjalan penuh kesyukuran pada yang maha Esa...Allah kecintaan~ku!   Sungguh aku cintakan Allah dengan penuh jiwa dan ragaku.   Kesungguhan dalam mendidik hati agak sentiasa ingatkan~Nya merupakan perjalanan yang sukar dan susah.    Tidak mudah sebenarnya untuk mendidik hati dan menjaga diri mengingati~Nya apatah lagi untuk bergantung pada~Nya! Susah.... wa cakap lu!
Hari ini ingin menceritakan tentang beberapa perkara yang memungkinkan aku melihat sesuatu dari beberapa sudut dan sisi yang lain.  

Hidup ini penuh dengan ujian.  Ujian ini sebenarnya didatang oleh Allah SWT untuk menguji samada kita bersabar ataupu  tidak dengan suasana yang kita ada.    Memang kita sebenarnya tidak mempunyai hak langsung untuk kita menolak ujian yang diberikan oleh Allah SWT .  Oleh yang demikian ujian yang dikenakan pada kita sebenarnya memang kena dengan kita dan kekuatan diri kita.   Allah tidak akan menzalimi manusia dengan ujain yang diberikan~Nya. Memang  ujian akan datang pada setiap insan yang yang penting bagaimana ujian itu datang, yang lebih penting how you can manage yourself with the ujian yang datang.   Manage khasnya kekuatan minda.
 Dan paling kta takuti ialah ujian kesenangan berbanding dengan ujain kesusahan!
Sebab itu dalam komunikasiku dengan seorang sahabat JIM bernama Abdul Rahman waktu  kami sama-sama menjadi student di ITM Perlis dulu...

Aku ingat kata-kata dia:
"Aku takut pada ujian kerana ujian yang Allah datangkan dikhuatiri tidak mampu untuk aku tanggung!"    

Kata-kata itu memang ada kebenarannya.   Kita tidak mahu di uji dengan ujian yang berat namun dalam masa yang sama kita kena berdoa agar ujian yang datang pada kita adalah ujian yang mampu kita tangani.

Sekiranya ujain yang kita tidak mampu tangani~kita akan hadapi masalah bro!


Ok khutbah dah tamat. Kita berbalik pada kisah sebenar.   Semalam aku tensyen bebenor!   Tensyen dengan peistiwa aku di tegur oleh Tn Pengetua....Balik rumah masalah di rumah juga timbul! Akhirnya aku menjadi seakan separuh gila!    Kegilaanku memuncak apabila terjadi suatu peristiwa yang membuatkan aku terpaksa keluar dari rumah dengan segera!  

Jika tidak sah mampus...ibarat kata kalau ada gajah, gajah tu aku telan!
Betulke BRO?

Kalau ada harimau, harimau tu lari meninggalkan belangnya!

 Aku tidak suka jadi lagu ni.    Tapi ubatnya ialah sabar!   Kan aku dah kata sabar itu banyak kelebihannya!

Aku mendapat petua, dari menjadi lebih teruk lebih baik aku chow..start enjin kereta~ lebih baik aku cha aliff buttt! Cabut!   Korang kalau mengalami keadaan yang sama lebih baik lari dari tempat kejadian tersebut kemudiannya call somebody yang kita boleh percaya...ceritakan padanya...Sungguh! Sangat sangat berkesan.
dont forget to call somebody!

Aku mengambil tindakan dengan keluar dari rumah , make a good call to cikgu Din kemudiannya meminta dia keluar sekejap dengan aku. Dia pula memulakan perkataannya dengan menyatakan bahawa dia baru saja balik dengan bininya dari ziarah rumah sahabat nak di mana entah....

Argghhhhhhh....! Taim ni la nak ziarah la..apa la....adoih! Tensyen!!!!!!!!!

(So, petuanya ialah kalau orang memberikan alasan bermakna dia tidak bersedia untuk keluar dengan kita)
Aku lantas memalingkan keretaku ke arah Jerlun ...ke rumah kakakku! Fuhhh, perancangan ad hoc!

Bagus juga perancangan ad hoc ni!

Sampai di sana, bau maruku memenuhi ruang rumah (hey BRO...aku bukan mamak tau~ tapi kami ada darah mamak).  Memang dia sedang menggoreng maruku!  Maka di situ berlaku cerita demi cerita.   Ditambah dengan adanya cucu menakan berumur 2 tahun penuh keletah!
Dari cerita kakakku tentang anak polisnya yang sedang menjalani latihan di Sarawak sehinggalah ke anaknya yang menjadi jurulatih PLKN, kisah menggoreng maruku, kisah abang ipar kesaorangan di tinggalkan oleh ahli keluarga, cucunya yang baru balik dari Bandung dan lagi , dan lagi, dan lagi...Maka hanya menjadi pendengar yang setia.

Mata, mulut seluruh badanku di Jerlun hakikat hati, minda di rumah ku di Jitra...Penuh sesal, penuh rasa malu, ;penuh rasa bersalah! Maafkan aku wahai insan!

Oklah...sudah ~sudahlah..segala yang berlaku menjadi kenangan!  

Allah membuat mata dua di hadapan wajah khas untuk kita melihat ke hadapan...
So mari kita ke mood hepi...yeah!

Orait...Kau teringat kelmarin petang, keluar makan ramai-ramai mee rebus di Jalan Masjid di Jitra.   Best mee tu. Origional resepi tau. Rasanya tidak jemu dimakan! Kalau hampa mai Jitra Insya Allah aku akan bawa hampa makan di Zul mee rebus jalan masjid (bukan depan masjid sebab bagi aku depan masjid dah lari rasa dia sikit). 

Sedang aku duduk dengan ahli keluarga tetiba muncul member aku yang aku kenal sewaktu di ITM dulu. Dia ni senior aku. Jurusan business! SHADE!

Muka bersih sekali! Shade dulu budak boarding school. Budak sekolah Sains. Waktu aku mula-mula jumpa dia di ITM dulu, dia mat rugged!   Kalau ada tulisan di almari sekitar asrama Jati dan Halban tu dengan perkataan SHADE WUS ERE...tandanya, dia dah sampai la ke tempat tu.   Pakaiannya jeans lusuh dan t-shirt entah apa-apa.  Senyumannya memang hensem!  
Aku suka lihat dia senyum! 
Adoih! 
Apatah lagi sekarang nih...wajah bersihnya menawan hati!   Aku mau jadi macam dia...Muka bersih segala! Hebat.

Ok... aku cerita satu kisah tentang SHADE ni.   Dia ni anak ustaz Lah Pulau Pisang di Jitra.   Kalau hampa  ingat dalam majalah MASTIKA dulu ada satu artikel tentang seseorang membawa kereta (kalau aku tak silap) dari kilang ke rumah perempuan,  perempuan tu bila sampai ke rumahnya tetiba hilang. Yang cerita dalam MASTIKA tu ayah dia la! Pak Su Lah!

Ok, antara kelebihan SHADE ni ialah dia punya ilmu dunia ~aku kagumi!
Ayahnya perturunkan pada dia!
   
Waktu aku duduk di Kolej Matrikulasi dulu(bini aku pernah mengajar dan pernah duduk jadi warden asrama), ada seorang pelajar (ajk masjid~adoih sedih dengar cerita nih!) yang disyaki mencuri henset! Waktu tu henset nilainya lebih bernilai dari sekarang)
Aku bawa dua oang budak KMK berjumpa SHADE untuk selesaikan masalah nih.
Hampa tau apa yang terjadi?
Dia baca jampi di atas sekeping kertas, kemudiannya melipatnya kemudiannya diikatnya dengan tali kemudian berpesan...
"Lepaih ni tolong bawa mai balik!"

Hampa tau apa yang telah terjadi?
Budak ajk masjid tu semakin terbuka kejahatan dia.   Sampai depan pintu bilik dia depa tulih perkataan IMAM BABI la macam-macam la.   Satu peringkat dekat 30 orang keliling budak AJK masjid tu tourcher dia separuh mati. Hampa tau la budak matrik ni ada yang mai dari sekolah yang mempunyai sistem buli di tengah malam.   
Aku hanya mempu memberikan buku LA TAHZAN untuk membiarkan budak AJK masjid tu menenangkan hatinya. Budak hanya duduk di bilik masjid KMK, tak berani masuk kelas. Dan akhirnya dia melarikan diri kerana terlalu banyak tekanan yang dia terima waktu di dalam suasana tu. Memang kesian dekat dia. Dia budak MAKTAB MAHMUD Alor Setag,   Namun dia kemudiannya aku dengag dah buat medic di MESIR! 
Tahniah kat dia,adalah menjadi harapan agar peristiwa tersebut menjadi pengajaran pada dia jangan dah dok buat benda-benda yang tak patut! Cerita tahun 2005/2006~)

Kini dia dihadapanku...salam bertukar tangan, senyuman saling sambut menyambut.  Memang dia sangat sopan orangnya.  Kini Shade sudah berlainan benar.   Menjadi orang "agama" kerana dia telah mengajar di sekolah agama. Memakai kopiah.    

Ok bro! gua sambung lain masa! Insya Allah jumpa lagi!


Monday, 15 October 2012

Bab 1......HARGA SEKUNTUM SENYUMAN!



Sudah sejam mereka melarikan diri.  Begitu pantas mereka bergerak menyelinap cekap menggunakan kereta berwarna hitam berbelang perak. Kini mereka berhenti sekejap merehatkan diri dari melakukan kerja-kerja serong di Kampung Paduna yang terletak kira-kira lima belas kilometer dari pondok durian yang sedang didiami oleh mereka sekarang.   Pondok durian berkeluasan lima belas kaki lebar dan tujuh belas kaki panjang ini tidak berbilik seperti rumah kebiasaan orang. Jauh terperosok masuk ke dalam dusun durian malah jauh dari laluan manusia memudahkan mereka memasukkinya dengan  hentakan di mangga pintu utama.   Disangkut sebelah pintu ialah boot berwarna hitam, sebuah mesin rumput diletakkan menyandar di penjuru sebelah kanan manakala dua bekas makanan yang tidak berbasuh kelihatan bersarang dengan semut merah di sebelah kanan pintu menuruni ke bilik air kecil.  Di sebelah kiri pondok ini, mempunyai sebuah tingkap buruk, sedikit lopong kerana dibalun anai-anai.   Tiga insan sedang mengisi pondok durian itu. Manakala dua lagi berada di bawah mengawasi suasana.

“Bodoh!” kata-kata kesat dihamburkan dari lelaki berbadan pendek. Seketika kemudian satu gerakan penampar yang kuat melayang ke pipi si tua,  menyebabkan bibir penerimanya berdarah. Terhoyong hayang badan si tua menerima tamparan sebegitu kuat.  Bayi ditangan kanan si tua dirangkul gagah, azamnya agar bayi tidak terlepas. Dia memaut bayi  seerat mungkin. Kain batik yang menyeliputi bayi itu ditariknya perlahan-lahan dengan berhati-hati bagi menutup wajah bayi comel itu.    Si tua takut darah merah yang mengalir dari bibirnya terpercik ke wajah comel itu. Terketar-ketar tangannya menyapu pipinya yang separuh merah. Bibirnya mengalirkan darah pekat dari hujung bibirnya.     Pipinya pedih, bibirnya mengalirkan darah dengan merekah luka... sedih benar! Dihujung usia sebegini dia sedih diperlakukan sebegini.  Namun ada kepuasan dibibirnya. Inilah mahar yang perlu dibayar demi indahnya sekuntum senyuman. Tuhan bantulah bayi ini!  

“Aku suruh engkau tinggalkan bayi ini! Kenapa engkau degil? Kedegilan engkau melambatkan pergerakan kita.   Membahayakan geraklaku engkau, aku dan kita semua!” Si pendek berpeluh menahan marah. Sebagai ketua, perbuatan berperikemanusiaan anak buahnya pasti mengundang bahaya. Adanya bayi ini pasti menyukarkan mereka bersembunyi apabila dikejar polis.  Adanya bayi ini, membuatkan pergerakan mereka sangat-sangat terbatas.  Sekarang pun mereka terpaksa bersembunyi di dalam  pondok dusun durian di sebuah kampung .      

“Aku tidak sampai hati Pa’in.   Semasa kita mula bergerak tadi memang aku mahu meninggalkannya, namun bayi ini telah memberikan senyuman yang paling manis padaku.   Jadi, aku tidak sampai hati meninggalkannya apatah lagi di dalam rumah itu dia keseorangan!” kata Tok Chan kepada Pa’in ketuanya. Tok Chan adalah insan tua yang kembara maksiatnya telah merata dengan menghilir dan menghulu dunia. Dulu dialah ketuanya, namun cedera di lutut kanannya membuatkan dia beralih mengalah kepada orang yang lebih muda.    Kini giliran Pa’in pula memainkan peranan sebagai ketua. Orang muda yang laju geraknya. Namun Tok Chan dapati sebenarnya Pa’in dan dua orang kanannya memang tidak boleh dipercayai. Semua misi yang dilakukan mereka selalunya gagal atau lari dari matlamat sebenar. Bukan sekali, bahkan beberapa kali. Pernah mereka cuba mahu merompak sebuah kereta yang lalu di dataran tasik Malakat pada jam lima pagi.   Menahan dengan bengis tanpa menyedari di dalamnya mempunyai empat orang jurulatih silat negara. Akibatnya mereka ditinggalkan di dalam longkang dengan nyawa-nyawa ikan.

Tok Chan telah beberapa kali memberikan amaran, mahu menunjuk ajar, mahu menyamun mesti ada teknik dan taktiknya namun mereka langsung tidak mahu mengikut kata malah cadangannya.   Tok Chan sebenarnya sudah tidak bersemangat mahu melibatkan diri dengan mereka.  Apatah lagi membabitkan bayi yang tidak berdosa.   Bersama bayi ini, entah kenapa hati Tok Chan begitu lembut.   Selembut dan sesenang mendengar laungan azan.    Hatinya tidak akan tergamak membunuh bayi comel ini.   Senyuman bayi ini, ya Tuhan, menusuk di seluruh jiwa tuanya. Hati, yang selalunya seteguh waja akhirnya cair meresap ke bumi kasih, mengharum sewangi kasturi melayang segar menyelubungi bumi hati yang selama ini kering kontang merkah dengan dosa dan noda.

Tidak!  

Tidak sanggup rasanya membenamkan pisau di leher bayi ini.   Melihat kulit bayi yang lembut, untaian rambut halus cantik di kulit kepalanya, bibir merah bersih dengan nafas bayi yang mengharum jernih. Oh! tidak sama sekali. Lihat pula jari kecil ini, jari kecil memegang jari telunjuk Tok Chan dengan genggaman lembut.   Genggaman yang begitu  membahagiakan.    Kenapa perlu dibunuh bayi ini?   Kenapa perlu dibenamkan pisau ke bayi berkulit indah ini?  Kenapa perlu dilukai kulit bayi yang putih kemerah-merahan ini!   Berikan sahaja pada orang lain agar ada orang yang akan membelai dan memberikan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi pada bayi comel ini.

“Wahai Tok Chan bedebah,   aku ingin ingatkan engkau kita telah berjanji dengan si Danau bahawa tidak akan ada zuriatnya di dunia ini. Kalau ada zuriatnya, maka harta berjuta akan jatuh pada budak ini dan kita tidak akan memperolehi sesen pun!” kata Pa’in bersuara keras.   Tok Chan hanya mendiamkan diri dengan wajah sedikit menggelabah.   Dia masih memegang bayi itu dengan kemas.

“Dan kalau dia tahu masih ada zuriatnya dalam genggaman kita, apa yang akan kita dapat wahai Tok Chan?” Pa’in mendekatkan hidungnya di hidung Tok Chan. Berbeza benar kulit muka Pa’in dengan Tok Chan yang sudah berkedut seribu.  Mata bertemu mata.   Hati masing-masing berbaur antara marah, takut, kesal dan merancang!

“Pendapatan kita pasti zero!” mata Pa’in semakin bersinar merah marah dalam resah. Apa yang harus dilakukannya? Menghapuskan Tok Chan adalah pilihan terbaiknya. Pa’in kemudiannya berpaling kepada dua orang kanannya yang sedang lepak di kerusi potongan kayu di hadapan pintu utama dan memberi isyarat yang memang dikenali oleh  Tok Chan. Bunuh!

Dua orang kanan Pa’in, Duke dan Beruang menghampirinya. Duke pakar membaling pisau manakala Beruang mempunyai ketinggian yang cukup menggerunkan sesiapa yang memandangnya.   Beruang mempunyai kesempurnaan lelaki perkasa cuma masalah kakinya yang kecil sebelah melemahkan pergerakannya. Muka mereka berdua memang menggerunkan.  Tok Chan ada senjata menghadapi keduanya.  Bayi di tangan kanan Tok Chan bertukar tangan ke tangan kirinya. 

Duke dan Beruang semakin menghampiri.  Tok Chan sedikit berundur ke belakang. Sesuatu harus dilakukan.    Otaknya ligat memikirkan cara melepaskan diri.

Geraknya bermula dengan menolak muka Duke disusuli dengan tendangan sekuat hati di celah kelangkang Duke.   Berdengus suaranya.  Mengerang!  Duke terduduk dengan memegang sesuatu di celah kelangkangnya.   Kesakitannya mengundang merah muka yang membara.   Dia terjelopok jatuh mengadap lantai.   Hanya kepalanya sahaja yang menahan badannya dari jatuh ke bawah.    Beruang yang melihat sahabat baiknya jatuh mengambil sikap menerpa untuk menyerang sambil menjerit ganas. Kelihatan Tok Chan bersedia melangkah laju.    Dia kemudiannya meluncur laju ke arah Beruang.  Terhentak dengan bahu kiri Tok Chan,  melayanglah badan Beruang ke belakang menghempas badan Pa’in yang bersandar di tepi tingkap.   Tingkap pecah.   Mereka tercampak keluar dari pondok buruk dan terhempas di atas tanah.    Tok Chan melompat keluar dari pondok buruk itu dengan harapan mahu melarikan diri sejauh mungkin dari “bekas” rakan kongsinya.

Zapppp!  Bunyi sesuatu melayang kemudian melekat di belakang badannya.

“Aduh!” Tok Chan terus berlari...

                                                            ***

Ketukan kuat kedengaran dari pintu rumahnya.  Mula-mula bunyinya sekali sekala sahaja. Semakin lama semakin kuat bunyinya.   Semakin lama semakin kasar hentaknya.  Bunyi ini memecah suasana sunyi rumah yang terpencil di tengah ladang getah di kampung Budi.   Rumah lama bertiang kembar berketinggian enam kaki dari tanah ini sememangnya sangat mudah  terdedah  pada bahaya penyangak kerana kedudukannya di dalam ladang getah dan jauh dari rumah orang lain.   Jiran terdekatnya sejauh satu kilometer.   Tuan punya rumah ini adalah seorang perantau dari seberang.   Dia menumpang di tanah ini sebagai ganti menjaga ladang getah seluar dua puluh relung.   Air diambil dari sungai berdekatan. Penglihatan mereka sekeluarga hanya bergantung pada pelita minyak tanah. Memang susah benar kehidupan mereka.  Hanya mempunyai seorang anak lelaki tunggal.  Malam itu sang suami tidak berada di rumah kerana memenuhi undangan kembali ke tanah seberang urusan perkahwinan adiknya dengan orang Mandeleng. Tinggal isteri, anak lelaki dan menantunya yang baru melahirkan anak.       

“Siapa itu?” kedengaran suara halus bertanya.

Orang di luar terus terusan membisu namun tangannya terus terusan mengetuk pintu. Kadangkala perlahan kadangkala kasar bunyinya.

“Aku!” garau suara orang itu  memperkenalkan diri. Seolah-olah membisik, suara itu sepertinya sedang berada dalam kesakitan yang amat sangat

“Siapa?”

“Aku, buka pintu ini cepat.” Suara bayi menangis kedengaran dengan jelas dari luar. Si ibu  melangkah perlahan menghampiri pintu rumah.  Dia ragu-ragu dengan suara yang diberikan. Setahunya tidak ada orang kampungnya yang melahirkan anak dalam tempuh dua tiga bulan ini.  Jangan-jangan hantu...Isy mana mungkin ada hantu kerana sepanjang dia menetap di sini tidak pernah mendengar hantu mengganggu kampung ini.   Ini suara manusia. Suara lelaki.

“Terangkan dulu siapa!” Diri memerlukan penjelasan. Perlu yakin demi keselamatan dan maruah!

“Nanti aku terangkan! Buka pintu ini,” suara sedikit dikuatkan, sedikit ditekankan nadanya. Menderu rasa takutkan rakannya yang mungkin mengikutnya dari pondok buruk tadi.

“Aku tidak akan membuka pintu ini melainkan engkau beritahu dulu siapa engkau?” wanita separuh usia ini bertegas cuba berani-beranikan diri.

“Bodoh! Engkau langsung tidak memberikan aku peluang!”

Dumm! Pintu terbuka dengan sekali tendangan. Terkejut isi rumah. Seorang perempuan separuh umur hampir terlentang dengan kejutan pecahnya pintu rumah. Dia melompat ke belakang dengan pantas sekali.  Tok Chan terkejut dengan lompatan ke belakang itu.   Perempuan ini...?   

Seorang budak lelaki yang turut berada di situ tergamam memandang perbuatan tanpa undangan ini. Di penjuru ruang tamu  terdapat seorang perempuan muda yang baru melahirkan anak menangis memeluk bayinya.  Bayinya dipeluk dengan erat.    Manakah tidak,  kehadiran seorang lelaki separuh usia dengan muka bengis memang pasti akan mengejutkan sesiapa sahaja.

“Ini, aku serahkan bayi!“garau suara Tok Chan garang!

Semua tergamam benar.   Badannya tercungap-cungap.   Perempuan yang melompat tadi membuka kuda-kuda seolah-olah bersedia menyerang.   Tok Chan perasan langkah itu.   Memang langkah itu tidak sumbang.  Ini kuntau tanah seberang! Kuntau yang pernah dipelajarinya tiga puluh tahun yang lalu.

“Dia anak orang besar-besar... Ayah dan ibunya telah dibunuh dengan kejam! Warisan ini penting bagi menahan penjahat itu dari menguasai harta!” suaranya sedikit lembut.

Bayi comel itu dipeluk dan diciumnya berkali-kali. Lantas diletakkannya bayi yang berumur dua bulan itu ke atas lantai rumah dan dia cuba menghilangkan diri melalui pintu yang dipecahkannya tadi.

Dia berpaling ke arah pintu,   seketika kemudian dia berpaling sambil mengeluarkan sehelai surat dari dalam poket seluarnya.

“Dan namanya berada di dalam kertas ini! Dalam surat beranak ini!  Aku mahu tahu siapa nama engkau wahai perempuan?” Tok chan bertanya dengan mata bersinar memandang tepat ke arah wanita itu.   Anak lelaki perempuan itu hanya berdiri terkejut dengan kedatangan insan yang tidak di duga ini di rumah mereka.

“Aku Timah!”

“Timah,  aku amanahkan engkau dengan budak ini...” Tok Chan berucap dengan badannya mula bergoyang ke kanan dan ke kiri.

Bummm... Tok Chan jatuh pengsan. Tersembam dengan mukanya mengadap ke bumi. Tangannya selari dengan badannya.  Darah keluar dari badan lelaki itu dan mengalir membasahi tikar mengkuang berwarna kuning pucat.   Perempuan yang baru melahirkan anak menjerit ketakutan begitu juga dengan suaminya.  

“Zuki! Cepat, kita perlu meminta pertolongan Haji Lazim membawa orang ini ke hospital!”   Tok Timah memberi arahan.    Zuki anaknya yang berumur dua puluh lima tahun   melompat turun ke tanah dan berlari ke rumah Haji Lazim ketua kampung untuk meminta pertolongan.   Tok Timah seorang bidan kampung mengambil kain batik di dalam bergerak ke arah badan Tok Chan, dia mencabut pisau dari belakang badan Tok Chan, kemudiannya menekap luka dengan kain batiknya.   Si bayi hanya memegang dan bermain-main kain batik lepas yang membaluti dirinya.  Matanya membulat , celiknya melihat dunia penuh kisah suka dan duka dunia.

Batik bukan sebarang batik,
Batik datang dari seberang ,
Celik bukan sebarang celik,
Celik mencanang permata gemilang...

Sunday, 14 October 2012

CERAMAH TINGKATAN 6!

Hari ini 14 Oktober 2012 Ahad... orang selain Kedah dan Kelantan serta Trengganu masih bercuti, kami tergolek-golek tayar kereta ke sekolah.
Meluatnya aku!   Monday blues (kita di sini jadi Sunday Blues la kan?)

Ok hari ni aku tatau nak cerita apa! Aku dok cari idea sebab idea terlalu banyak untuk diceritakan, pasai tu la jadi tak tau nak pegang yang masa satu untuk dimasukkan  ke dalam blog feveret aku ni.

Pagi ni bila selak-selak page di internet tetiba aku teringat satu assignment yang diberikan oleh guru kanan tingkatan 6 tentang nak bagi bebudak dia boost untuk ambik peperiksaan semester satu.

Untuk pengetahuan you all (nak termuntah guna istilah nih) semua, bebudak STPM  bukan macam kita dulu-dulu boleh ambek exam besag sekali saja....depa ada 3 semester bermakna ada 3 kali exam. La ni masalahnya bebudak tu masih dok seronok lagi seolah-olah macam tadak apa untuk dilakukan melainkan main dan bercinta saja. Aku yang pernah gagal di ITM dulu memang sangat-sangat berharap agar bebudak ni tidak melakukan perkara yang sama seperti yang aku lakukan dulu.  
ITM Perlis! Banyak kenangan ooo!

Dulu tahun 1985, result aku antara yang terbaik di SMK Alawiyah.   BM, BI dan MATEMATIK aku adalah yang paling sihat sekali di sekolah Alawiyah tu.  Itu mengakibatkan aku dapat masuk ke ITM Arau amek course accounting...Tapi akibat dari beberapa perkara yang membuatkan aku tidak dapat meneruskan pengajian dalam bidang ni.   Tapi serius aku cakap pasai pa aku dapat course accounting ni sampai la aku tak paham!
Mende akaunting pun aku tatau pun! Kih kih kih...Malu nak habag dekat hampa! Tapi semua tu perancangan dari Allah taala semua tu!

Hampa bayangkan aku langsung tak baca buku kerana yang pertama terkejut dengan budak pompuan!
logo JIM dolu -dolu..la ganti
dengan IKRAM! Pasai pa
Ganti dengan IKRAM..aku tak tau!
Sori!
Kejutan budaya. Kejutan budaya ni disebabkan oleh tidak ada langsung pendedahan yang diberikan oleh samada cikgu-cikgu di peringkat sekolah sebelum aku pi masuk ke ITM tu. Hampa tau di sana aku memang tidak ada langsung gaya orang yang nak belajar. Asyik main-main saja. Tapi tak pa pasai aku kenai dengan gang usrah JIM.

Memang best btoi berkawan dengan depa.   IKHLAS bag hang!
Dok sekali be"rehlah" di Bukit Jernih...kami bergerak berkawan-kawan dengan harapan menjadi insan soleh. Alhamdullillah aku rasa bahagia sangat time tu.
La ni aku jadi seorang...tadak sapa-sapa yang nak ajak aku pi usrah. Cuba pi tapi la i entah tak boleh ikut dah,....Mungkin kepala aku dah tak btoi atau pun mungkin hati aku terlalu kotor dan jauh dari hidayat yang Allah pernah anugerahkan padaaku dulu. (kalau btol nauzubillah)

Hari ni aku bagi ceramah dekat pelajar lower 6 di sekolah aku...seperti biasa aku habag dan cerita bab ni sama depa. Aku harap (aku takut aku harap saja-depa buat tatau saja) bahawa  depa akan amek serius dengan apa yang aku akan katakan.  

Hari ni sepagi aku buat preparation untuk ceramah dekat budak form 6.
Entah mai kot mana tetiba boss Alog Setag call minta aku hantag report tentang program minda cerdas.   Seperti biasa bro...kerja buat laporan ~jahanam!

Aku berjalan masuk ke bilik guru kanan kemudian aku ke pejabat mengambil kunci bilik mesyuarat. Setting LCD dan aku mula berceramah! Adoih...!Semua sendri bikin...Aku tak kisah sebab memang dah jadi kerja aku macam tu! Harap semuga Allah redho! Tu saja! Seperti biasa keluag habie anak-anak murid cemerlang yang lalu....he he he!

Ceramah berlaku macam biasa demi anak murid.   Ceramah aku kali ni aku berikan hanya 6 dari 10 markah. Aku tak semangat dalam menyampaikannya pasai aku dok teringat dekat panggilan boss Alog Setag saja.   Grrrrrr!

Maka se evening la aku dok di ofis aku (bilik kaunseling~tak boleh sebut ofis ada orang marah... sampai 6.00 petang walhal dari pagi aku dah kerja dah sepagi.

Aku call Zuraihan (kaunselor petang)...

"Zu tolong carikan 10 orang budak perempuan untuk tolong saya buat kerja nih".
"Buat apa cikgu Amin?"
"Tolong saya buat rumusan saja!" Hang gila nak buat laporan hasil pemantauan minda 100 orang pelajar tingkatan 4. Huisyyyy penat oiii! So jalan singkat ialah dengan memanggil 10 orang pelajar perempuan tingkatan 2 tolong aku b uat rumusan tu. Penat gila! Dari 430 petang sampai 600 petang.   Tu depa nak suruh aku pi PPD...Tak kelapag la aku!   Tegha ni pun tak sangga dah.   Aku bukan jenis gila glemer!

Woi...woi...sapa pi tag FB aku dengan bahan politik nih...adoih! (kisah mengomel selepas tengok fb aku nih la!)....

sambung lagi brader....








Saturday, 13 October 2012

SENYUMAN KAK LEHA!

Hari ini bertarikh 13 Oktober 2012~ Sabtu...Hari yang sedikit tenang dari segala-galanya.   Pagi ni dengan penuh semangat mangkit dari tidog tadi sesudah Solat Subuh kerja aku setiap pagi cuti adalah menggerakkan anak-anak mangkit Solat Subuh. Memang cam tu aja kerja aku.   Bini aku...lena...sebab dia ABC~ Allah Bagi Cuti (sapa gatai bagi tag line ni aku pun tatau~ benda ni mai dari anak dara aku berumur 11 tahun tu)...

Tak pa lah...Ok berbalik kisah tadi.

Aku gerak, lagi tak mangkit ~ aku dok gerak situlah!  Sampai depa bangun (dan kena tunggu depa solat~kalau tak, takut tidog balik saja)

Ada kisah cikgu Sunarti (Kaunselor sama dengan aku dulu) dia dok cerita bagaimana pak dia akan sembur air yang telah dikulumkan ke muka anak-anak sekiranya depa tak bangun solat Subuh.   Aku tak sampai peringkat tu buat nak bagi anak mangkit(bangun) solat. Cukup dengan suara saja. Kalau depa tak mangkit juga, serah dekat bini aku saja...bini aku ni cikgulah katakan, sekali dia tengking ~ sekali dengan aku terlompat....(btoi habag hang!! hi hi hi mengata dekat bini la plak tapi kalau dia tak tengking lembut suaranya macam angin bayu-boleh terlena tau)....

Tapi pagi ni aku masih terkenang kisah buat program dengan bebudak UUM kelmarin. Aku penat sungguh, bukan apa~nak buat program duit minta dekat YB.   Aku pi kira makan dekat kantin sekolah(ni yang kata tadak penyakit cari penyakit) tup-tup rupanya bayaran yang YB nak bagi tu adalah bayaran makan...Penatla Bro sebab kami dah terkena kes YB  tak bayag program yang lepaih. Dengan penuh keyakinan suruh buat tapi tak bayag.  RM1200.00 oiii bukan 12 ringgit.   Aku rasa macam nak meletup saja otak aku memikionye. Lantas aku suruh budak UUM tu buat sikit agreement dengan kami kata depa dah minta dekat YB tu dan janji akan bayag kalau tak dapat sponsor dari YB.

Aku bertengkar la sikit dengan bebudak UUM tu pasai tu....Depa nampak macam aku nak makan duit saja (mungkinla)...tak pa lah katala nak kata apa pun.
Ok-ok...berbalik pada cerita aku tadi,

Pagi lagi gas masak habeh la plak, aku angkut anak dara aku dan anak PMR jantan aku pi makan di kedai Mak Su jalan masjid. Kami duduk di situ. Mak Su adalah seorang wanita yang penuh hikmah, kata-katanya menjerumus pada amalan Islam. Aku suka makan dikedainya sebab dia orang agama. Mak Su menjanda sudah hampir sepuluh tahun. Berumur 60an.   Anak dara dia aku dok usya waktu aku dok makan di kedai makan dia di depan taman siswa dulu. Sampai la aku boleh bayang muka suami pak su yang kami panggey pak su.   Anak dara dia ada rupa tapi kaki cedera sikit. La jadi kerani di IPDA. Sangat bagus akhlak dan perangainya.
La ni mak su sudah buka kedai dekat dengan rumah aku.   Biasala kalau di pagi-padi ni aku mesti makan nasi lemak kuning air dia dengan akan masak merah dan yang paling penting ialah nescaffe mak su! Terbaeeek!
Dan..satu lagi, ikan bilis cabai dia memang mengancam betul.  Kami berpagi pagi makan di situ bertemankan dengan seekor kucing berbulu lebat yang sering meletakkan kaki depannya di tepi peha aku memohon sisa makanan. Hisyyyy!

Tetiba lalu kak Ani dengan anak dia.
"Cikgu...!"


"Ohh kak Ani. Nak pi mana? Mai la makan dulu!"  

"Kak Ani nak ke kantin, masak makan!" dengan senyuman diikuti dua beranak itu kelihatan memecah kesunyian pagi ke kantin sekolah la kot.   Kak Ani ni badan macam anak dara umur 18 tahun. Laki entah brapa orang. Banyak, seingat aku dua tiga orang.He he he...Mak Su pun mengiyakan! 
Kawen tak pa, JANGAN TAK KAWEN!

Bayag duit kami belah..hantag anak dara ke sekolah untuk program entah apa-apa!   Kemudian ke SMK BBD...sampai di simpang Tok Kesop aku terlihat pemandangan kaki bukit yang membuatkan aku memberhentikan kereta sat.  

Anak aku tanya, "awat walid?"
"Canteknya pemandangan di sini! Subahanallah!
"
"Danial kalau umi bawa kot jalan ni, memang Danial akan tengok pemandangan ke arah situ!" 

He he he...


Budak baik ni sekepala dengan aku rupanya. Tapi memang cantek, nanti aku snap dengan 60D aku dan bubuh dalam blog ni!

Ni bukan gambag dia...nantilah aku tarok dalam blog ni!
Aku lantas sesudah hantar Danial ke sekolah, aku patah balik ke rumah, bini sekali lagi habag gas memasak habeh! Alamak, lantas ke  kiosk Bank Islam berhadapan dengan pejabat Majlis Daerah berdekatan dengan Dewan Wawasan,  lantas mengambil sikit duit. Balik rumah, di kampung Teluk Nibong beli nasi dekat Pak Su Madrasah (ni tok su lain).    

Member call kempen world shoppers link.  Suruh aku masukkan duit Rm 5000 untuk dua tapak. 

Dia cakap dia dah pakai camry...he he he aku tadak duit la bro banyak tu...berbanding dengan nak bela anak bini.   

Masuk ke rumah Tok Su jumpa plak kak Leha janda dengan senyuman harimau menangis( kih kih kih)...dah umur 56 pun kak Leha ni masih ada senyuman menawan. BAHAYA!.
"Pak Su nasi 4 bungkuih, dua ayam dua telog ikan bilis!" aku mengorder!
"Amboi cikgu bini boh dalam cermin ka!"Mulut kak Leha tadak insuran. 
Aku nak balaih lagu mana ni.. Hati masih dok tengok senyuman dia (cisss versi gatai)...(meghenyam...kih kih kih)

"Gas memasak habeh! Nak buat lagu mana!  Nasib baik ada nasi Pak Su"
"Oohhh...!" sambey tangan Kak Leha ambek nasi dari tangan mak su. Malas aku nak melayan sangat orang pompuan nih.   Sebab takut setan memainkan peranan. Umur apa umur...main dengan iblis masuk perut, nenek tua pun kena rogol la ni! Na uzubillah lebih baik jauh-jauh siap2.
Kisah nenek belajar  tekwando elak di rogol...!
Ha kan aku dah kata bahaya main dengan hasutan iblis ni. Sampai nenek ni pon kena berhati hati dari kena rogol.   Orang kata benda tu(tau kan benda tu la) jenis tadak telinga, dia bukan dengag orang dok bagi nasihat!

Kih kih kih.  Sori la noh loq la la sikit!  Tapi tak pa sebagai satu peringatan.   Sesudah urusniaga membeli nasi lemak, aku balik ke rumah dengan membawa 4 bungkus nasi lemak Tok Su! Lepaih tu rasa macam nak pi sekolah la plak pasai kena buat ringkasan dah 5 minggu aku tak buat. Takdan oiiii. Naseb baik Pak Din Pengetua tak sebut pun sebab dia tahu memang aku buat punya. 

Lagipun aku memang sibuk sangat kebelakangan ni dengan bermacam-macam program yang aku buat.  Teknik menjawab PMR dan SPM, parenting, majlis macaan Yasin, Motivasi pelajar form 1 dan 2. Minta sponsor sana sini....Hampa tau dak, seolah-olah aku dah dapat untuk tiga-tiga program tu sebanyak RM5000 sponsor. 

Mau pak Din pengetua aku tak syok dengan kaunseling (aku tatau la dia syok ka dak ka~ aku tak peduli apa asalkan aku puas....konsep dia mudah saja kalau buat dengan ikhlas Insya Allah,  Allah akan balaih dekat anak-anak aku plak) - harap-harap jadi lagu tu la..... Amin.

Masuk ke dalam bilik kaunseling aku buat kerja sambey mendengar lagu dari Youtube yang aku karaoke kan kelmarin...kih kih kih.    Aku suka menyanyi sebenarnya~ sebab aku dulu memang seorang penyanyi sekolah (baik sekolah rendah mahupun sekolah menengah)... Tapi bebudak sekolah aku la ni tak pernah percaya bila aku cakap aku boleh menyanyi dan boleh main bola. Piraaahhhh! 

La ni kadangkala aku lepaih geram juga kalau ada peluang... dan yang paling penting anak-anak aku kata suara aku sedap...! 
Kihkihkih! 
Orang lain lantak ko! 
Yeahhhhh!   
Lagu PESANAN BUAT KEKASIH Spring~ adalah lagu-lagu yang sering aku menyanyikan.  Tapi aku akui la ni aku lebih banyak baca Al Quran dari menyanyi!   Sebab Al Quran adalah penyejuk jiwa....lagu, sekadar kosong!

Lagu~lagu ni aku takut mempengaruhi jiwa saja. Kadangkala aku terpikiag pasai pa penyanyi terutama lagu lagu yang jiwang tu mesti terbabit dengan dadah. Hampa tengok Ameng SPRING, Jamal, Salem ramai lagi la...kan? Mesti ada something wrong kan?

Sebab tu dengan orang dok kata tu, dengan Islam kita selamat, dengan Islam kita selamat. Pasai tu la! 
Hampa tau dak ni? Hampa paham dak ni?

Hisyyyy...

Tatau apa hampa nih! Aku dah lalui semua ni dan aku boleh cerita bagaimana mahu bahagia dengan agama ni.  Macam mana mahu bahagia? Syarat utamanya mesti kena dengan beragama lah! Kalau tak mau mudarat lebih maka beramallah dengan  apa yang Allah dan Nabi suruh dan jauhilah apa yang Allah dan Nabi tegah. As easy as eating kacang! Btoiiiiiiiiiiiiiiiiiii! Btul bro gua cakap lu gua sikit pun tak bohong!

ok bro gua chow dulu! Sambung kisah sembang dengan cikgu Jam! Best oooo!