Monday, 18 March 2013

Hari ini 18 Mac 2013....

Hari ini kakiku sedikit surut dari bengkak.  Namun sakit masih bersisa. Jalanku berdengkang dengkot perlahan...Rasanya hari ini merupakan hari paling malas untuk aku ke sekolah. Memang bebanan kerja semakin  mencengkam.  Laporan pelajar bercumbu,sesi kaunseling, buku rekod kaunseling yang dua minggu tak tertulis memang memeningkan kepalaku.
Kadangkala memikirkan kata-kata sahabat bahawa GOUT datang sebab kau tu terlalu stress...BETUL jugak!
Aku Semenjak jadi kaunselor di sekolah menengah ini memang terlalu stress...Banyak kerja nak di cover.   Lega dengan bacaan Al Quran yang aku lakukan seharian membuatkan  hati menjadi tenang!
Sekarang aku tengah berusaha menjadi seorang yang kurus.   Doktor klinik mutiara menyebut antara faktor Gout ialah berat badan yang melampau...Memang! Berat badanku skerang ialah 96 kg...sepatutnya berat badan idealku ialah 67 kg sahaja...Adussss....Cikgu Anis Herbalife menegur...Tahu tak kau seolah-olah membawa 30kg setiap masa bermaksud 3 kampit beras yang beratnya 10 kg setiap satu...Adoih!
Jadi aku berazam untuk menurunkan berat badanku! Bermula 17 Mac 2013....
18 Mac...aku berpuasa sunat hari Isnin! Esok start shake and tea!

Huallah! Best pasai ada matlamat baru...berazam mencapai 75kg dalam masa 3 bulan! Boleh ke? Bolehhhh In Sya Allah! Doakan aku beb!

Hari ini, di sekolah PK Hem mengajak aku ke rumah pelajar kes bercium! Kakiku slow bergerak! Kalau laju masalah lagi akan membengkak!  Hari ini dah tak de orang sms bertanyakan silap makan apa?  He he he...tamau kata apa sebab kadangkala dari seni komunikasi ini kita tahu level pemikiran seseorang itu macam mana...opppssss! Sori!

Ok...kami bergerak ke sebuah rumah di Taman Pasu...Sememangnya alamat pelajar di Taman Pasu tertera di dalam buku rekod kehadiran harian...Aku membuat penggilan telefon semasa di dalam kereta PK HEm...yang mengangkat telefon suara wanita berumur pertengahan tahun di hujung talian! Memang begitu sukar untuk aku meneka umurnya namun dari gaya cakapnya dia berumur 50an...Aku menerangkan sedikit hasratku untuk berbual mengenai anak perempuannya yang melakukan salahlaku di sekolah...Ayat yang aku terima ialah
"Dia buat pulak dah!" membayangkan pelajar ini adalah pelajar yang bermasalah di sekolah lama dahulu!

Si ibu menerangkan bahawa pelajar ini kini tidak tinggal dengan mereka kerana mereka tidak berkeupayaan untuk menjaga anak perempuan nan seorang ini.  Jadi budak ini diletakkan di bawah jagaan bapa saudaranya! Memang...kata pepatah menjaga anak perempuan seorang lebih payah dari menjaga sekandang lembu atau kerbau! Betul...

Kami terus ke sebuah sekolah setelah mengatahui bahawa bapa sedaranya berkerja di sebuah sekolah berdekatan dengan sekolah kami! Di sana kami menuju ke pejabat sekolah mencari bapa sedara pelajar ini...Kebetulan bapa sedaranya keluar....Kami menunggu di kantin sekolah dan lima belas minit bapa sedaranya datang dengan senyuman...

"Saya sudah tahu,....tadi mak dia sudah bagi tahu....!"

Senang kerja kami!

Perbincangan bermula! Aku teringat cikgu Saad mai rumah aku dok berbincang pasai aku buas dulu! Kih kih kih,....macam ni lah kisahnya! Bezanya aku ke sekolah menengah tanpa perempuan. Mungkin depa rasa aku ni kaki lemah dengan perempuan kot! Tapi itu dulu...Sekarang sudah terhijab! In sya Allah dengan tipu daya wanita! Sebab aku sangat berpengalaman dengan perempuan...Dan aku sangat boleh memberi khidmat nasihat berkaitan dengan perempuan!

Akhir sekali kami pun chow dengan PK Hem kekenyangan menelan seribu satu bahan yang dimasukkan ke dalan sepinggan mee! Aku? menelan air liur sahaja! Chait! Leceh bebnor PKHem aku nih! Dah tahu aku ni puasa kau hormatla sikit diri ini wahai Pk Hem! Ini tak. melantak bagiuh punya depan aku mee goreng tu...feveret aku plak! Cissssss!

so kami memberitahu bahawa budak ini akan di gantung seminggu pada bapa sedaranya! Makluman awal sudah diberitahu agar waris tidak terkejut..Kalau tak bahaya! Masuk surat khabar mampuih kami!

So kami pun bergerak pulak ke rumah ke dua...rumah pak we budak perempuan nih! Seorang budak cerdik...bekas pelajar MRSM...masuk sekolah aku pasai malas!
.......So kesimpulannya...hari ini selepas balik dari berjalan-jalan aku balik ke sekolah menyiapkan laporan budak bercium, laporan lawatan rumah pelajar serta konsultansi waris dan akhir sekali konsultansi dengan bebudak di sekolah!

Damn tired! Kakiku? Semakin membengkak!   Sedikit berdenyut!

2.15 Aku balik ke rumah terus ke Alor Setar dan menerima SMS dari seseorang...

"Cikgu tak mai mesyuarat ke? "

"Mesyuarat apa?"

"Mesyuarat pengacaraan majlis...hari anugerah cemerlang!"

"Bila"

"Sekarang!"

"Hah?"

Jam menunjukkan ke 2.30 petang.....Tobat aku dah tak mau pi sekolah dah.....Mata pun semakin layu....ready untuk amek anak di SRIDA!   Maka aku pun tertido sekejap sambil menunggu isteri tercinta balik!

Kruk krak kruk krak bunyi kunci pintu di buka....taraaa! Biniku balik dengan senyuman walaupun mukanya nampak letih!

........sambung!

No comments:

Post a Comment