2013 tahun penuh tragedi. Emang aku tidak pernah menyangka beberapa peristiwa yang berlaku dala, hidup ini tertimpa di teratak hidupku. Peristiwa kemalangan ngeri, sakit gout yang disengajakan, suaraku yang hilang, si Bubu kehilangan machonya.......Tiada yang lain aku saksikan melainkan segala peristiwa yang berlaku memang dalam perancangan ~Nya.
Baru kali ini diri berani membuka kembali blog kasih ini. Entah mengapa, berat rasa hati aku mahu menulis ke blog ini.
Malas ke? Tak...cuma terkadang aku merasakan sesutu yang begitu menghalang aku dari menulis di dalam blog ini.
Ok macam nih...aku sekarang mencuba beberapa bidang baru bagi mengisi kekosongan dan masa lapang yang terjemla akiubat dari beberapa kebebasan dalam urusan seharian. Kalau dulu sedari kecil aku sangat kuat bersukan, berlari 100 dan 200 meter....lompat jauh, badminton melompat sana sini....di samping menjadi hero kampung meragas(memanjat) pokok demi pokok...
Bila mengunsur dewasa, aku menjadi seorang yang sukakan aktiviti memancing, bersama team menjadi penangkap hantu, belajar silat seledang merah, bersama kamping sana sini...dan sedari kini aktivitiku adalah meneruskan pengajian di pondok sambil belajar beberapa perkara tentang sesuatu( sengaja aku rahsiakan)...
Jadi sekarang ini yang menjadi masalahnya susah bebenor aku mahu menaip di blog kesayanganku ini.
Kali ini aku ingin mengungkap satu cerita...Kisah seorang gadis yang terlalu baik, cantik, berumur 16 tahun di sekolahku! Sememangnya aku tidak pernah mengetahui tentang sikap sebenarnya namun bila di siasat baru aku tahu dia mempunyai seorang kawan yang memakai ilmu guna-guna.
No comments:
Post a Comment