Guot melanda! Kali ini di sendi ibujari sebelah kaki kiriku! Berdenyut seiring dengan nadi darahku! Gout terhasil akibat pembentukan bebola kristal di sendi-sendi. Sememangnya nikat ini telah ditarik oleh Allah swt dengan sekejap.
Kalau dulu kaki aku inilah yang mengembara satu dunia untuk bersama-sama menetapkan matlamat mencari ilmu. Hutan demi hutan aku redah. Lautan demi lautan aku tempuhi, angkasa demi angkasa aku pergi. Semata-mata mencari ilmu. Padang, sawah, sungai, ceruk rantau denai dan charok aku gagahi mencari semata-mata berilmukan alam ciptaan Allah swt yang serba indah dan mencabar ini.
Namun kali ini Allah menarik sedikit dari nikmat-nikmat yang Allah berikan kepadaku. Aku terperosok di penjuru rumah melayan pedih dan peritnya sakit di kaki! Hanya duduk memandang dinding bilik dan terbaring memadang siling putih ciptaan manusia.
Ya Allah! Aku bersyukur dengan kejadian ini membuatkan aku semakin menghampirimu. Aku bersyukur dengan kesakitan ini membuatkan aku semakin mendekatkan diri padamu.
Ya Allah, betapa banyak dosa yang aku lakukan. Aku sedar bahawa inilah kifarat dosa yang telah lama aku lakukan selama ini.
Ya Allah! Ampunkan diriku yang selalu melakukan dosa ini.
Denyutan ini adalah denyutan dosa. Alhamsullillah dengan sakit ini kerana semakin sakit Ya Allah maka semakin banyak dosaku terhapus.
Ya Allah cinta hatiku! Ku merelakan kesakitanku ini kerana aku pastinya tidak tertanggung dengan balasan di akhirat nanti. Balasan di alam kubur dek kerana dosa yang telah aku lakukan di dunia ini.
Ya Allah kekasihku! Aku tetap bersyukur dengan sakitnya kakiku ini kerana kesakitanku ini menunjukkan Engkau Ya Allah masih memandangku dengan pandangan AR-ROHMAN ~ AR-ROHIM! Kasih dan sayangmu. Melihatku dengan kasih dan sayang ini sememangnya mahal. Tarbiyyahmu ini Ya Allah, begitu bermakna padaku. Kerana dengan sakit inilah menguatkan diri semakin memulakan diriku untuk menghampiriMu dengan hakikat sebenarnya mendekatimu.Dengan sunguh-sungguh!
Gerak menghampirimu mesti dijalankan dengan segera kerana aku tidak tahu berapa lama lagi aku akan hidup di dunia ini.
Ya Allah...aku bersyukur dengan apa yang engkau kurniakan kepadaku selama ini. Ampunkan aku kerana jauh dari Mu Ya Allah. Ampunkan aku Ya Allah kerana meninggalkan sunnah yang ditunjukkan oleh junjungan Mu Nabi kesayangan kecintaanku RasululAmieen Muhammad SAW.
Berilah peluang kepadaku untuk kembali bertawajjuh kepada~Mu dengan sebenar-benar tawajjuh! Tawajjuh yang ikhlas kerana-Mu...Tawajjuh berserah segalanya buatMu..Sesungguhnya aku tahu Engkau mengetahui apa keperluanku! Engkau mengetahui setiap sudut rasa, fikiran dan kehendakku, Engkau maha mengetahui apa yang terbuku di dalam hatiku...Aku terlalu ingin lari dari dunia yang penuh pura-pura , dunia penuh dosa dan maksiat ini Ya Allah!
Wujudkanlah di dalam hatiku segala ~Nya hanya Engkau Ya Allah. Hilangkanlah lain selain dari Mu wahai Tuhan kecintaanku! Lenyapkanlah segala yang lain selain dariMu wahai kecintaanku!
Ya Allah, munajat ini sesungguhnya engkau maha mengetahui wahai Tuhan Robbul Jalil! Sesungguhnya engkaulah maha mengetahui betapa aku memerlukanMu setiap setik jantungku bergetar, setiap detik denyutan nadiku.
Ya Allah kekasih hatiku...Sakit yang dianugerahkan ini adalah sakit yang penuh hikmah...Penuh tarbiyyah~ penuh mujahadah yang perlu diisikan dengan berzikir padaMu. Sungguh, mengingatiMu sememangnya menenangkan hatiku. Membayang kesakitan ini dengan balasan anugerah syurgaMu. Aku mengerti ayat tentang jual beli jiwa ku dengan syurgamu wahai Tuhan kecintaanKu...
Ya Allah..Robbul Jalil...Aku sangat bersyukur dengan apa yang dikurniakan kepadaku...Helaan nafasku, denyut jantungku, pandangan mataku, nikmat pendengaran, bau-bauan begitu menyenangkan hatiku. Sungguh aku bersyukur...jauhilah aku Ya Allah cinta hatiku dari bersifat dengan sifat melupakan segala nikmat yang engkau berikan Ya Allah!
Jauhilah aku dari bermaksiat padaMu Ya Allah! Sesungguhnya kesakitan yang engkau berikan adalah satu nikmat untuk aku menghampiri pada Mu...Oleh itu ampunkanlah dosa-dosaku Ya Allah! Ampunkahlah dosa-dosaku Ya Robbi...Ampunkanlah segala khilafku Ya Rahman! Ya Allah! Ya Allaaaaah!
Ampunkanlah Ya Allah!
No comments:
Post a Comment