Assalamualaikum buat semua..Selawat dan salam untuk Nabi junjungan Muhammad SAW kekasih hatiku..Sememangnya Rasullullah adalah ikutan kita, contoh hidup kita, teladan hidup kita. Ya Rasullullah~ aku tetap merinduimu!
Hari ini aku ke GIANT dengan harapan mencari sesuatu untuk perubatan mengeluarkan asik urik yang bersarang di dalam tubuhku... Setelah mengambil anakanda di pusat tiusyen di rumah seorang sahabat, kami berdua bergerak ke giant Alor Setar.
Bergerak ke Giant memakan masa setengah jam membuatkan aku bercerita tentang Gangnam style, berdasarkan maklumat yang diperolehi dari fb seorang rakan. Banyak ceritanya yang boleh dimaklumkan kepada anda semua namun saya tidak mahu memberikan fokus pada cerita gangnam style itu.
Apa yang lebih penting dari itu ialah bagaimana kita mencari sesuatu dalam hidup kita, sesuatu yang sangat penting melebihi dari diri kita sendiri...Iaitu hidayah dari Allah SWT.
Maka orang pun bertanya kepadaku! Hidayah perlu dicari? Ya...hidayah perlu dicari barulah Allah SWT akan menganugerahkan kepada kita hidayah tersebut! Hidayah ataupun petunjuk yang diberikan oleh Allah mengikut kesiapsiagaan manusia memperolehinya. Sebagai contoh, seorang merasa sayu melihat seorang imam mencuci tandas masjid...maka dia akan melihat betapa humblenya penganut Islam ini. Tidak ada pangkat atau kasta yang wajib diketengahkan dalam mengamalkan Islam. Ini dibuktikan oleh sirah Rasulullullah SAW sepanjang kehidupannya. Selepas aku ke Giant, aku menuruni ke tingkat bawah untuk melihat buku-buku agama di kedai buku agama. Memandang ke sebuah buku kisah Rasullullah sememangnya membuatkan aku begitu tertarik tentang tajuk bagaimana tawadhuknya Rasullullah saw di kalangan para sahabat!
Suatu hari Rasullullah saw suatu hari mahu bersama-sama dengan sahabat mengadakan jamuan dan mereka masing-masing membahagikan tugas-tugas dalam melancarkan program kenduri tersebut. Masing ada yang meminta menyiang daging, ada yang bertugas untuk memasak....Akhirnya sampai kepada Rasullullah saw beliau menawarkan diri pada para sahabat untuk mengutip kayu api...Para sahabat terkejut, masing-masing mahu menawarkan diri untuk mengutip kayu api tersebut...Rasulullah menyebut bahawa beliau juga adalah manusia biasa yang boleh melakukan kerja-kerja tersebut.
Itulah betapa merendah dirinya seorang insan bernama Muhammad SAW. Sebab itulah bagi orang yang mengkaji tentang beliau pasti akan merinduinya lebih dari merindui ahli keluarga bahakan kekasih hati.
Aku pernah berbekas di hati apabila teman rapat tidak membalas SMS...Merasakan aku adalah seorang yang tidak ada dalam hatinya...merasakan bahawa perbahabatan ini bukanlah persahabatan yang ikhlas dan mempunyai kekuatan sendiri mahu pun di atas landasan fillah! Bukan setakat si suami...satu keluarga macam tu...tidak membalas SMS.
Walaupun macam keanak-anakan sikapku tapi bukan itu isunya, isu yang lebih penting ialah KALAU NABI YANG MENERIMA SMS ITU?(Tentu SMS bukan maksiat kan)
Jadi aku pun berhujjah...kalau lah Nabi ada di kalangan kita dan dia menerima SMS dari aku insan biasa yang tidak ada apa-apa...Adakah Nabi yang mulia ini akan membalas SMS aku?
Aku terlalu yakin 100% bahawa Nabi yang mulai akan membalasnya!
Bahkan bukan setakat 100% malah 150% dia akan membalas SMS aku! Jadi siapalah kita yang tidak mahu membalas SMS seorang sahabat yang mahu bertanyakan khabar! Mulia sangatkah kita sehingga kita bersikap sebegitu! Membiarkan orang sekeliling menahan perasaan dengan ikhlas bertanyakan kahabar!
Sebab itulah apabila aku sendirian,mengalir air mataku mengenangkan betapa bahagianya sekiranya aku bersama Nabi, menjadi pencacai Nabi! Pencacai dengan hanya mengangkat begnya sahaja! Atau mencuci kakinya yang mulia! Ya Allah rindunya! Kerana Nabi kita adalah semulia-mulia insan yang sentiasa bersedia mendengar rintihan dan keluhan setiap insan. Bahkan Nabi adalah seorang yang terlalu pandai mengambil hati! ANabi adalah seorang mulia! Percakapan, perbuatan dan semua amalannya adalah datang dari Allah SWT di bawah bimbingan dan naungan wahyu!
Nabi yang membawa kepada kita agama yang sangat-sangat memberi rahmat di seluruh alam! Rahmat dalam bentuk yang pelbagai! Sosialisasi, ekonomi, pemikiran, ketauhidan dan sebagainya!
No comments:
Post a Comment