Anakandaku Ammar dan Aishah
Rindu menggamit lagi
Pada memori
Pada rona singkapnya hati
Pada satu kenangan abadi
Anakanda tercinta
Kemana pergi...ke mana menghilang diri
Sunyi
Sepi
Bungkam rasa diri ini
Mengenang diri anakanda
Yang menangisi tragedi
Yang tidak pernah walid impi terjadi...
Memang
Sajak indah memoir sang puisi ini
Masih cuba untuk
Terus melagukan irama indah
Gagahkan diri untuk
Cuba mencari riuh syuhada
Yang,
Melayang di celah-celah dedahan Jannatul Firdaus...
Dengan senyum
Dengan tawa
Dengan wajah bercahaya
Meminum air telaga Firdaus...
Dimana wahai anakanda
menghilangkan diri
Dimana anakanda
Menyembunyikan diri
Kaki tua ini sudah tidak mampu mencari
Jejakmu
Sudah hilang upaya mencium bau
harumnya akhlakmu
Sudah hampir putus asa merencanakan
Sina wal humairo'!
Walid mu terlalu ingin mengumpul kembali
kekuatan diri
Yang kini semakin berlalu pergi...
Walid terlalu ingin kita bergurau seperti dahulu lagi
Dengan ikhlas
Dengan tuntas
Dengan jelas
Bersama mengembalikan ruh kepada Robbul jalil
Bersama mengembalikan ubudiyyah kita kepada Nya
Saling ingat mengingati
Cerita begitu begini
Kisah semangat perang para sahabat dan para Nabi
Ceritera wangian Musab bin Umair
Khabar kekuatan taubat para sahabat
Anakandaku Ammar,
Kita diketemukan Tuhan
Namun
Tanpa pernah bersemuka
dan tidak mungkin kita akan bersemuka
Kerana kita bukan apa-apa
Kerana kita bukan ada hubungan apa
Hanya ukhuwwah fillah
Ikhlas kerana Dia
Anakandaku Ammar,
Kini hati sedikit terisi
Dengan serikandi kedua mengisah jiwa
Penuh doa penuh kata-kata
Ayahanda teruja dengan apa jua lontaran ilmu di dada
Membina iman membina jiwa
Membuat ayahanda lupa seketika relau di jiwa
Wah,
Humaira terganti kini
Aishah bergalang ganti
Namun ayahanda masih berhati-hati
Agar
Tidak pisang berbuah ke dua kali
Anakanda
Ingat di jiwa
Ingat di mana-mana
IKHLAS lah dalam hubungan sesama manusia
Agar hati IBLIS tidak tumbuh tidak melata
Kerna jiwa terhijab dek ikhlas kerana Nya...
Alhmdullillah pengubat segala
Hati dan jiwa
Jua segala
Terima kasih wahai anakanda
Kerana sudi hadir
Menemani hati rang tua
Yang jangan-jangan
Esok lusa bertemu Tuhan nya
Biarlah Aishah ditemani doktor si Ibnu Sina
Ayahanda tidak akan lupa segala kata bicara
Selama kami mesra bagaikan anak dan bapa
Terima kasih serikandi anakanda
Terima kasih serikandi anakanda
Terimakasih serikandi anakanda
Kerana hadir di mata dan di jiwa
Moga Allah membalas jasa
Melayan aku si tua ....
salam segala!


No comments:
Post a Comment