Sunday, 6 January 2013
MARI BERMUJAHADAH...
Rupa-rupanya hidup ini sangat-sangat membahagiakan sekiranya kita hidup di bawah lembayung Al-Quran. Bahagia ini dapat dirasa di jiwa, di raga- menusuk ke hati kita.
Alangkah enaknya kiranya bahagia ini dirasa oleh semua manusia. Di rasa oleh semua saudara sedunia.
Bahagia ini bukan bahagia buat-buatan.
Bahagia ini bukan bahagia rekaan seperti mana fatamorgana...dari jauh kelihatan cantik berkilauan, berair indah namun mendekatinya hilang bagaikan angin lalu.
Kenapa kita tidak mahu mencari bahagia ini? Ibarat seorang tua yang dilihat dari jauh seolah-olah tidak ada apa-apa...Namun sekiranya didekati, khazanah yang berada di dalam dirinya sangat bernilai bahkan kadangkala kalau dikorek lebih bernilai dari dunia dan seisinya.
Namun rasa bahagia di dalam hati adakah di reka-reka atau dicipta-cipta? Tidak! Bahagia di dalam hati kita adalah anugerah Allah SWT kepada hambanya yang beriman dan bertaqwa kepada-Nya. Benar bahagia boleh dibeli...Dengan berkereta besar, dengan adanya rumah besar, pakaiannya mahal-mahal, bebas berbelanja dengan segalanya!
Namun adakah itu hakikat bahagia?
Atas apa kita berpegang dengan bahagia? Segala atas wang! Dengan wang kita ada segalanya namun sekiranya kita ditakdirkan Allah SWT jatuh bangkrap...tidak berduit...lantas kita tidak mampu lagi berbelanja bahkan membayar wang letrik pun terpaksa berhutang dengan orang lain...maka di mana bahagia kita? Sebab hati kita hanya terletak di wang sebagai ILAH kita...sebagai tumpuan hati kita...Sebab itulah bahagia adalah sesuatu yang bertakhta di hati! Bukan di fizikal luaran mata kasar kita. Subhanallah!
Allah-lah yang melontarkan bahagia pada orang yang dikehendakkiNya! Bagaimanaorang yang dipilih Nya? Mereka adalah orang yang memilih Islam sebagai jalan hidup! Kenapa orang sentiasa bermujahadah dalam hidupnya? Kerana diistilahkan sebagai antara jalan menuju Allah ialah dengan bermujahadah linnafs!
Berjuang mengatasi runtunan hawa nafsu sendiri dengan menggunakan beberapa jalan mujahadah seperti menjaga lisan, menjaga fizikal, menjaga pandangan dan yang ebih penting ialah menjaga hati dari dikotori!
Hati yang dikotori oleh sebarang maksiat dan dosa adalah penyebab utama tidak ada rasa bahagia! Hati yang bersih ibarat cermin dapat menhampirkan diri pada Allah sehinggakan pengiktirafan Allah pada orang yang menghampirinya ibarat geraknya adalah gerak Allah!
Bagaimana mahu mendapatkan geraknya adalah gerak Allah..memerlukan perjuangan mujahadah nafs yang sangat bersungguh-sungguh dan konsisten! Kadangkala memerlukan masa yang paajang dan yang paling penting ialah mesti memulakannya dengan ilmu! Mulakan dengan ilmu di surau dan berdoalah agar anda dikurniakan dengan perjumpaan dengan guru-guru yang murshid. Jangan berlengah kerana kita tidak tahu bilakah ruh kita akan di jemput mengadap Illahi! Bila mati bertamu, maka di situ kita tidak ada harapan untuk menempa bahagia dan sejahtera di sana, di syurga Allah yang kekal selamanya.
Itulah sebenarnya hakikat kehidupan kita, mencari redho Allah. Sekiranya Allah meredhoi kita maka bahagia akan muncul di dalam hati kita...!
Salam untuk semua....mari bermujahadah!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment