Meluatnya aku! Monday blues (kita di sini jadi Sunday Blues la kan?)
Ok hari ni aku tatau nak cerita apa! Aku dok cari idea sebab idea terlalu banyak untuk diceritakan, pasai tu la jadi tak tau nak pegang yang masa satu untuk dimasukkan ke dalam blog feveret aku ni.
Pagi ni bila selak-selak page di internet tetiba aku teringat satu assignment yang diberikan oleh guru kanan tingkatan 6 tentang nak bagi bebudak dia boost untuk ambik peperiksaan semester satu.
Untuk pengetahuan you all (nak termuntah guna istilah nih) semua, bebudak STPM bukan macam kita dulu-dulu boleh ambek exam besag sekali saja....depa ada 3 semester bermakna ada 3 kali exam. La ni masalahnya bebudak tu masih dok seronok lagi seolah-olah macam tadak apa untuk dilakukan melainkan main dan bercinta saja. Aku yang pernah gagal di ITM dulu memang sangat-sangat berharap agar bebudak ni tidak melakukan perkara yang sama seperti yang aku lakukan dulu.
| ITM Perlis! Banyak kenangan ooo! |
Dulu tahun 1985, result aku antara yang terbaik di SMK Alawiyah. BM, BI dan MATEMATIK aku adalah yang paling sihat sekali di sekolah Alawiyah tu. Itu mengakibatkan aku dapat masuk ke ITM Arau amek course accounting...Tapi akibat dari beberapa perkara yang membuatkan aku tidak dapat meneruskan pengajian dalam bidang ni. Tapi serius aku cakap pasai pa aku dapat course accounting ni sampai la aku tak paham!
Mende akaunting pun aku tatau pun! Kih kih kih...Malu nak habag dekat hampa! Tapi semua tu perancangan dari Allah taala semua tu!
Hampa bayangkan aku langsung tak baca buku kerana yang pertama terkejut dengan budak pompuan!
| logo JIM dolu -dolu..la ganti dengan IKRAM! Pasai pa Ganti dengan IKRAM..aku tak tau! Sori! |
Memang best btoi berkawan dengan depa. IKHLAS bag hang!
Dok sekali be"rehlah" di Bukit Jernih...kami bergerak berkawan-kawan dengan harapan menjadi insan soleh. Alhamdullillah aku rasa bahagia sangat time tu.
La ni aku jadi seorang...tadak sapa-sapa yang nak ajak aku pi usrah. Cuba pi tapi la i entah tak boleh ikut dah,....Mungkin kepala aku dah tak btoi atau pun mungkin hati aku terlalu kotor dan jauh dari hidayat yang Allah pernah anugerahkan padaaku dulu. (kalau btol nauzubillah)
Hari ni aku bagi ceramah dekat pelajar lower 6 di sekolah aku...seperti biasa aku habag dan cerita bab ni sama depa. Aku harap (aku takut aku harap saja-depa buat tatau saja) bahawa depa akan amek serius dengan apa yang aku akan katakan.
Hari ni sepagi aku buat preparation untuk ceramah dekat budak form 6.
Entah mai kot mana tetiba boss Alog Setag call minta aku hantag report tentang program minda cerdas. Seperti biasa bro...kerja buat laporan ~jahanam!
Aku berjalan masuk ke bilik guru kanan kemudian aku ke pejabat mengambil kunci bilik mesyuarat. Setting LCD dan aku mula berceramah! Adoih...!Semua sendri bikin...Aku tak kisah sebab memang dah jadi kerja aku macam tu! Harap semuga Allah redho! Tu saja! Seperti biasa keluag habie anak-anak murid cemerlang yang lalu....he he he!
Ceramah berlaku macam biasa demi anak murid. Ceramah aku kali ni aku berikan hanya 6 dari 10 markah. Aku tak semangat dalam menyampaikannya pasai aku dok teringat dekat panggilan boss Alog Setag saja. Grrrrrr!
Maka se evening la aku dok di ofis aku (bilik kaunseling~tak boleh sebut ofis ada orang marah... sampai 6.00 petang walhal dari pagi aku dah kerja dah sepagi.
Aku call Zuraihan (kaunselor petang)...
"Zu tolong carikan 10 orang budak perempuan untuk tolong saya buat kerja nih".
"Buat apa cikgu Amin?"
"Tolong saya buat rumusan saja!" Hang gila nak buat laporan hasil pemantauan minda 100 orang pelajar tingkatan 4. Huisyyyy penat oiii! So jalan singkat ialah dengan memanggil 10 orang pelajar perempuan tingkatan 2 tolong aku b uat rumusan tu. Penat gila! Dari 430 petang sampai 600 petang. Tu depa nak suruh aku pi PPD...Tak kelapag la aku! Tegha ni pun tak sangga dah. Aku bukan jenis gila glemer!
Woi...woi...sapa pi tag FB aku dengan bahan politik nih...adoih! (kisah mengomel selepas tengok fb aku nih la!)....
sambung lagi brader....
No comments:
Post a Comment