Monday, 1 October 2012

Korasilan!


"Bro, lu tau kan, Pondok Gajah Teriyak!" entah kenapa lidah ini terlalu ringan bertanya.   Korasilan dengan mata seolah-olah tertonjol keluar berpaling ke arahku. Tersengih macam kerang busuk.    Gigi kuning! Muka tak basuh.    Cissss!
"Apa ni bro?  Pondok-pondok plak. Nak main pondok-pondok, bukan umur 9 tahun Bro! Ini dah 40an kau tau tak?" misainya bergerak-gerak.   Terkejut dengan pertanyaanku barangkali.  Kakainya bergerak-gerak terhayun di pinggiran tembok tempat punggungnya dilabuhkan. Aku hanya berdiri di sisinya.    Malam itu memang sejuk sekali.
Kami lepak lagi di gigi jalan menuju ke Aleppo!
Ait? Tanya pun marah! Apa hal mamat sorang nih. Emo la plak malam-malam begini.
"Eh marah nampak. Gua just tanya beb!  Kenapa lu mau marah?"

"Hey, lu tanya soalan main-main. Gua bukan boleh sangat orang permainkan gua!  Gua pantang tujuh keturunan, tau tak?" Korasilan sekali lagi menguatkan suaranya.

Dia ni memang!  Panas barannya kadangkala mencapai tahap gaban!  Tapi gua suka berkawan dengannya sebab dia suka tolong gua. Kalau ada kesusahan Korasilanlah yang pertama muncul.

Hari tu, Korasilan bertemu dengan musuh gua, Gustipati!  Dihenyaknya Gustipati sehingga hilang dua batang gigi depan.   Gua ucap terima kasih pada Korasilan.   Gua tanya, kenapa lu hentam sama Gustipati?

Korasilan menjawab selamba, "Dia hina lu beb! Dia cakap lu jalan mengengkang!" Gua rasa pada masatu beb , macam king! Ada Guard! Ada orang yang take care!   Walhal memang pun gua jalan mengengkang!   Memang gua jalan terkangkang! Kenapa gua jalan terkangkang?  Kerana bisul tumbuh di celah pangkal antara dua kaki gua.
Gua kena jalan kengkang la Beb.  Kalau gua jalan betul, sakitnya Tuhan sahaja yang mengetahui sebab Tuhan yang menjadikan sakit itu bersifat menyucuk-nyucuk!

Tapi hari ni Korasilan emo pulak.  Entah kenapa.

Korasilan ada dua ibu, satu ibu betul~satu ibu tak betul.   Ibu betul selalu ketok kepalanya dengan kayu.     ibu tak betul pulak baik tapi selalu mengambil duit dari poketnya. Orang cakap ibu tak betulnya dulu pernah kerja "pick pocket"!

Kalau ibu tak betul datang padanya pasti duitnya hilang.  Korasilan masih tertanya dari mana bapanya mendapatkan ibu tidak betulnya. Bapanya Koramasin memang seorang yang sukakan pada -perempuan muda.  Ibu tak betulnya memang muda.  Lebih muda dari Korasilan. Umurnya dua tahun lebih muda dari Korasilan.

"Kenapa lu tanya beb?"
"Gua tanya sebab gua sudah tidak boleh hidup macam ni lagi bro.   Hati gua tidak pernah tenang.   Hati gua membakar, membara.  Gua nak balik kampung Bro! Gua nak masuk pondok! Gua nak belajar agama!" Tangan digaru garukan ke celah ketiak kiri.Sedap pulak rasanya.   Beberapa helai bulu ketiaknya jatuh berguguran.    Korasilan kembali membetulkan baju tanpa tangan sekeratnya.  

"Bodoh betullah kau nih!Apa yang dimahukan dengan pondok bro?   Kita datang KL nak enjoy. Dulu lu yang ajak gua datang sini. Sekarang lu pulak yang nak balik ke pondok. Apahal lah lu beb! Rosak betullah!"


BERSAMBUNG BRO~!

No comments:

Post a Comment