Malam tadi aku pukul telefon menghubungi anak murid lama di pekan Changlun...
"Mai sinilah, kita sembang-sembang di kedai Yasmin!"
Aku start kereta di malam sunyi, bertemankan lagu2 yang entah apa-apa. Kenari putih menjadi mangsa. Enjin kereta yang bari di berikan darah hitam semalam menderu lembut selari dengan sejuknya angin malam.
Henset tetiba berbunyi.
"Cikgu di mana?"
"Pasai pa tanya?"
"Dak(Tidak), saya lihat miss call dari cikgu!"
"Ohhh, cikgu call setelah semalam mu SMS sesuatu minta cikgu call balik! Bini cikgu nampak tau!"
"Cikgu, minta maafla! Saya terdesak sangat!"
Itulah suara di A bekas anak murid perempuan dari tingkatan 4 yang sering membuat pesanan SMS yang memintaku call balik. Anak sulung ini sering tidak berduit ke sekolah. Ada ayah dan ada ibu namun ayah seorang yang tidak mahu bertanggungjawab manakala si ibu terpaksa bekerja sebagai cleaner di sebuah institusi di sekitar pekan tempat tinggalku.
"Habis tu apa yang cikgu boleh bantu!"
"Cikgu beras habis, gas pun habis. Nasib baik kami ada kenduri hari ini. Tak tau la malam ni kami nak makan apa! Cikgu kalau ada makanan lebih bagi la sikit!"
Aku tersentap! Nak memangis pun ada, nak maki masyarakat pun ada...
Mana pi ketua kampung...
Mana pi jabatan kebajikan masyarakat...
Mana pi JKKP atau JKKK...
Mana pi YB...
Mana pi YAB...
Mana pi mangkuk-mangkuk hayun berdacing dan berbulan?
Zakat dari pejabat zakat entah kemana...
Budak ni nak makan pun tak cukup...
Kenari melintas pantas highway ke Changlun. Memang aku suka jalan ini kerena menenangkan. Relek berentap dengan insan yang mahu ke Changlun , atau ke Kangar. Bahkan ada yang akan ke seberang mencari keseronokan sementara di dunia.
No comments:
Post a Comment