Tak pa lah...Ok berbalik kisah tadi.
Aku gerak, lagi tak mangkit ~ aku dok gerak situlah! Sampai depa bangun (dan kena tunggu depa solat~kalau tak, takut tidog balik saja)
Ada kisah cikgu Sunarti (Kaunselor sama dengan aku dulu) dia dok cerita bagaimana pak dia akan sembur air yang telah dikulumkan ke muka anak-anak sekiranya depa tak bangun solat Subuh. Aku tak sampai peringkat tu buat nak bagi anak mangkit(bangun) solat. Cukup dengan suara saja. Kalau depa tak mangkit juga, serah dekat bini aku saja...bini aku ni cikgulah katakan, sekali dia tengking ~ sekali dengan aku terlompat....(btoi habag hang!! hi hi hi mengata dekat bini la plak tapi kalau dia tak tengking lembut suaranya macam angin bayu-boleh terlena tau)....
Tapi pagi ni aku masih terkenang kisah buat program dengan bebudak UUM kelmarin. Aku penat sungguh, bukan apa~nak buat program duit minta dekat YB. Aku pi kira makan dekat kantin sekolah(ni yang kata tadak penyakit cari penyakit) tup-tup rupanya bayaran yang YB nak bagi tu adalah bayaran makan...Penatla Bro sebab kami dah terkena kes YB tak bayag program yang lepaih. Dengan penuh keyakinan suruh buat tapi tak bayag. RM1200.00 oiii bukan 12 ringgit. Aku rasa macam nak meletup saja otak aku memikionye. Lantas aku suruh budak UUM tu buat sikit agreement dengan kami kata depa dah minta dekat YB tu dan janji akan bayag kalau tak dapat sponsor dari YB.
Aku bertengkar la sikit dengan bebudak UUM tu pasai tu....Depa nampak macam aku nak makan duit saja (mungkinla)...tak pa lah katala nak kata apa pun.
Ok-ok...berbalik pada cerita aku tadi,
Pagi lagi gas masak habeh la plak, aku angkut anak dara aku dan anak PMR jantan aku pi makan di kedai Mak Su jalan masjid. Kami duduk di situ. Mak Su adalah seorang wanita yang penuh hikmah, kata-katanya menjerumus pada amalan Islam. Aku suka makan dikedainya sebab dia orang agama. Mak Su menjanda sudah hampir sepuluh tahun. Berumur 60an. Anak dara dia aku dok usya waktu aku dok makan di kedai makan dia di depan taman siswa dulu. Sampai la aku boleh bayang muka suami pak su yang kami panggey pak su. Anak dara dia ada rupa tapi kaki cedera sikit. La jadi kerani di IPDA. Sangat bagus akhlak dan perangainya.
La ni mak su sudah buka kedai dekat dengan rumah aku. Biasala kalau di pagi-padi ni aku mesti makan nasi lemak kuning air dia dengan akan masak merah dan yang paling penting ialah nescaffe mak su! Terbaeeek!
Dan..satu lagi, ikan bilis cabai dia memang mengancam betul. Kami berpagi pagi makan di situ bertemankan dengan seekor kucing berbulu lebat yang sering meletakkan kaki depannya di tepi peha aku memohon sisa makanan. Hisyyyy!
Tetiba lalu kak Ani dengan anak dia.
"Cikgu...!"
"Ohh kak Ani. Nak pi mana? Mai la makan dulu!"
"Kak Ani nak ke kantin, masak makan!" dengan senyuman diikuti dua beranak itu kelihatan memecah kesunyian pagi ke kantin sekolah la kot. Kak Ani ni badan macam anak dara umur 18 tahun. Laki entah brapa orang. Banyak, seingat aku dua tiga orang.He he he...Mak Su pun mengiyakan!
Kawen tak pa, JANGAN TAK KAWEN!
Bayag duit kami belah..hantag anak dara ke sekolah untuk program entah apa-apa! Kemudian ke SMK BBD...sampai di simpang Tok Kesop aku terlihat pemandangan kaki bukit yang membuatkan aku memberhentikan kereta sat.
Anak aku tanya, "awat walid?"
"Canteknya pemandangan di sini! Subahanallah!
"
"Danial kalau umi bawa kot jalan ni, memang Danial akan tengok pemandangan ke arah situ!"
He he he...
Budak baik ni sekepala dengan aku rupanya. Tapi memang cantek, nanti aku snap dengan 60D aku dan bubuh dalam blog ni!
| Ni bukan gambag dia...nantilah aku tarok dalam blog ni! |
Member call kempen world shoppers link. Suruh aku masukkan duit Rm 5000 untuk dua tapak.
Dia cakap dia dah pakai camry...he he he aku tadak duit la bro banyak tu...berbanding dengan nak bela anak bini.
Masuk ke rumah Tok Su jumpa plak kak Leha janda dengan senyuman harimau menangis( kih kih kih)...dah umur 56 pun kak Leha ni masih ada senyuman menawan. BAHAYA!.
"Pak Su nasi 4 bungkuih, dua ayam dua telog ikan bilis!" aku mengorder!
"Amboi cikgu bini boh dalam cermin ka!"Mulut kak Leha tadak insuran.
Aku nak balaih lagu mana ni.. Hati masih dok tengok senyuman dia (cisss versi gatai)...(meghenyam...kih kih kih)
"Gas memasak habeh! Nak buat lagu mana! Nasib baik ada nasi Pak Su"
"Oohhh...!" sambey tangan Kak Leha ambek nasi dari tangan mak su. Malas aku nak melayan sangat orang pompuan nih. Sebab takut setan memainkan peranan. Umur apa umur...main dengan iblis masuk perut, nenek tua pun kena rogol la ni! Na uzubillah lebih baik jauh-jauh siap2.
| Kisah nenek belajar tekwando elak di rogol...! |
Ha kan aku dah kata bahaya main dengan hasutan iblis ni. Sampai nenek ni pon kena berhati hati dari kena rogol. Orang kata benda tu(tau kan benda tu la) jenis tadak telinga, dia bukan dengag orang dok bagi nasihat!
Kih kih kih. Sori la noh loq la la sikit! Tapi tak pa sebagai satu peringatan. Sesudah urusniaga membeli nasi lemak, aku balik ke rumah dengan membawa 4 bungkus nasi lemak Tok Su! Lepaih tu rasa macam nak pi sekolah la plak pasai kena buat ringkasan dah 5 minggu aku tak buat. Takdan oiiii. Naseb baik Pak Din Pengetua tak sebut pun sebab dia tahu memang aku buat punya.
Lagipun aku memang sibuk sangat kebelakangan ni dengan bermacam-macam program yang aku buat. Teknik menjawab PMR dan SPM, parenting, majlis macaan Yasin, Motivasi pelajar form 1 dan 2. Minta sponsor sana sini....Hampa tau dak, seolah-olah aku dah dapat untuk tiga-tiga program tu sebanyak RM5000 sponsor.
Mau pak Din pengetua aku tak syok dengan kaunseling (aku tatau la dia syok ka dak ka~ aku tak peduli apa asalkan aku puas....konsep dia mudah saja kalau buat dengan ikhlas Insya Allah, Allah akan balaih dekat anak-anak aku plak) - harap-harap jadi lagu tu la..... Amin.
Masuk ke dalam bilik kaunseling aku buat kerja sambey mendengar lagu dari Youtube yang aku karaoke kan kelmarin...kih kih kih. Aku suka menyanyi sebenarnya~ sebab aku dulu memang seorang penyanyi sekolah (baik sekolah rendah mahupun sekolah menengah)... Tapi bebudak sekolah aku la ni tak pernah percaya bila aku cakap aku boleh menyanyi dan boleh main bola. Piraaahhhh!
La ni kadangkala aku lepaih geram juga kalau ada peluang... dan yang paling penting anak-anak aku kata suara aku sedap...!
Kihkihkih!
Orang lain lantak ko!
Yeahhhhh!
Lagu PESANAN BUAT KEKASIH Spring~ adalah lagu-lagu yang sering aku menyanyikan. Tapi aku akui la ni aku lebih banyak baca Al Quran dari menyanyi! Sebab Al Quran adalah penyejuk jiwa....lagu, sekadar kosong!
Lagu~lagu ni aku takut mempengaruhi jiwa saja. Kadangkala aku terpikiag pasai pa penyanyi terutama lagu lagu yang jiwang tu mesti terbabit dengan dadah. Hampa tengok Ameng SPRING, Jamal, Salem ramai lagi la...kan? Mesti ada something wrong kan?
Sebab tu dengan orang dok kata tu, dengan Islam kita selamat, dengan Islam kita selamat. Pasai tu la!
Hampa tau dak ni? Hampa paham dak ni?
Hisyyyy...
Tatau apa hampa nih! Aku dah lalui semua ni dan aku boleh cerita bagaimana mahu bahagia dengan agama ni. Macam mana mahu bahagia? Syarat utamanya mesti kena dengan beragama lah! Kalau tak mau mudarat lebih maka beramallah dengan apa yang Allah dan Nabi suruh dan jauhilah apa yang Allah dan Nabi tegah. As easy as eating kacang! Btoiiiiiiiiiiiiiiiiiii! Btul bro gua cakap lu gua sikit pun tak bohong!
ok bro gua chow dulu! Sambung kisah sembang dengan cikgu Jam! Best oooo!
Tulisan blog ni pasai pa jadi besag kecik aku tak paham!
ReplyDelete