Sambungan cerita....
Aku membuka kain berwarna BN tu...putih ini memandang ke arahku dengan mata tidak berkelip. Heran nampaknya si putih debap ini melihat sang badak sedang merenungnya dengan muka banyak songeh dan muka separuh basi.
~chait~ bikin malu saja!
Mujahedeen dan mujahidah bermain di hujung kolam sebelah sana. Baling membaling swimming cap.
Ait! Banyak ko punya duit, jahanam cap tu ...tak akan waled belikan lagi....tengok la!
"Pak cik mengantuk ye?" suara halus dari budak hujung kaki aku.
"Mana tau?"aku memancing bual mesra. Kaki yang diluruskan dibengkokkan.
"Pak cik tido!"
"Mungkin...!"
"Pak cik tido lewat ye semalam! Thats why pak cik mengantuk!" Isy budak nih, memang dia ni jenis terlalu berani. Kelihatan tiga lagi "rakan-rakannya" jauh ke tengah bermain dengan diaorang punya Pak Long!
Macam mana hang boleh tahu kata dia tu pak Long?
Sebab bebudak ni dia panggil Pak Long! Hisyy...macam tu pun hang tak leh pikiag!
Mujahedeen membaling googlenya ke arah mujahidah! Termasuk ke tengah kolam dan tenggelam, membuatkan si mujahidah menjerit kemarahan. Mujahideen tersengih bersama giginya yang rongak. Satu giginya hilang yang satu tinggal sekerat patah entah kenapa!.
Di hujung kolam, kelihatan dua budak Cina bersama ibunya...si adik terkinja macam nak terkencing di tepi kolam. Terkepit sana terkepit sini!
Memang aku ingat budak Cina nih nak kencing.... rupa-rupanya mahu terjun kolam!
Excited bebenor!
Isy budak ni pelik btoi la!
Jangan2 dia memang nak kencing tapi ditahannya sebab malas nak ke bilik air dan akhirnya ...
Pancut dalam air!
Chait!
Pengotor btol kalau pancutan ini yang berlaku!
Ah bior lah...muka mak educated tak kan anak buat kelaku macam tu!( muka tak membayangkan perangai~ prinsip yang aku pegang dari dulu~hati menafikannya!)
"Pak cik!"
La budak nih masih menunggu jawapan dariku! Kihkihkih...patutla dari tadi dagunya belum hilang dari tubir kolam memandang ke arahku. Aku hanya tersenyum, malas aku nak jawab. Soalan kosong...jawapannya tentu akan kosong juga.
Aku nak menjawabnya namun "Pak Long"nya datang menghampiri sambil mengajak main "SHARK-SHARK"...Pak Longnya akan menyelam dan menangkap kaki. Maka menjeritlah anak-anak montel itu dengan penangkapan demi penangkapan. Pakai baju ketat, kalau naik ke daratan nampak penonjolan di sana sini. Tapi bukan itu yang pentingnya sebab bebudak ini di bawah umur. Tapi tarbiyyah atau kebiasaan yang paling penting. Perangai kita dari kecik akan membawa ke tua bahkan ada yang akan di bawa mati. Kebiasaan itulah yang mesti di utamakan terutama kepada anak perempuan dari aspek menutup aurat.
"Bro!" aku bertanyakan "Pak Longnya"
"Ya "
"Dia orang ini adek beradik ke?"
"Aa-ah, memang adek beradik. Yang pertama darjah 4, ke dua dan ketiga darjah 3 dan last sekali darjah 2"
Kembar! yang melangut di hujung kakiku ialah yang ke tiga!
"Seronok tengok bebudak ni mandi. Apa tujuan bro ke sini. Bercuti ke? Asal mana~KL ke?"selangkah aku mencuit kata. Menghulurkan umpanan senyuman demi meniyakan secebis maklumat di hujung fikiranku correct!
Bebudak jenis ini adalah budak yang mesti berasal dari orang berada! Sebab rambutnya lebat, kulitnya bersih, giginya putih melepak, cakapnya confident, bibir mereka merah menyala, tutur kata sopan terasuh.
"Ohh dia orang dari Jitra..."
" Dari Jitra?"
"Taman ***** ******!" Ohhhh....
"Mak dia orang konvo PhD!"
Oh patut la! Anak pensyarah rupanya. Telahan aku sedikit lari namun ciri-ciri itu masih ada! 90% tepat!
Mujahedeen berlari ke arahku. Aku menjeling ke arah hensetku...Jam sudah 10 pagi.
SMS diterima...anak bujangku sudah hampir sampai ke jeti Feri di bandar George Town! Hmmmm...dengan segera kami berlalu setelah melalui proses mengelap...mengelap dan mengelap!
Perwira harus diambil di hujung limbungan Chuliah Street! Mesti laju...berserta check out...Meletihkan!
Hati pun menjerit! Inilah kalau semuanya nak di BUATTTTT!
Bersambung lagi....SCHABELLA YANG RAJIN!!!
No comments:
Post a Comment