Saturday, 22 September 2012

SERAHKAN SAJA KEPADA ALLAH~ DIA LEBIH MENGETAHUI!


Blog aku kali ini aku bina semula dengan semangat yang lain dari yang lain.   Kalau dulu di bulan Jun 2010 kalau aku tak silap, aku membinanya setelah aku mengambil kira peluang yang aku mungkin dapat dari pembinaannya berdasarkan kata-kata  guru novelku si ~Hilal Asyraf.  Binalah blog kerana dengan adanya blog mesej dapat disampaikan! Betul...aku setuju sangat!
Pasai tu aku sedih bila blog aku di lemaskan di sungai rasa!

“Arggggghhhh!” mahu saja aku jerit ke gaung seluas Grand Canyon ..bila mengenangkan blog kesayanganku!

Meluahkan rasa hati yang entah apa-apa~bila mengenang peristiwa aku menenggelamkan my lovely blog!   Tak lena tiga malam mengenang peristiwa penenggelaman BLOG cantek tu…..! 

Dibina dengan indah namun dimatikan dengan kesedihan walaupun aku anggap pengkebumiannya penuh penghormatan 5 bintang namun tetap dengan  linangan air mata. 
 
Kadangkala memanglah kata-kata kengkawan kalau engkau mahu melupakan sesuatu atau seseorang maka cara terbaik ialah dengan meluputkan semua apa yang ada pada engkau.   Kalau engkau ada gambar, bakarkan saja… Kalau engkau ada henfon pemberian dia, hempok biag hancog! Kalau dia ada di depan mata, bunuh saja dia tu…???? Huisyyyyy takkan kot!   Biarkan segalanya berlalu dan diselesaikan dengan baik…!

Amboi pasai pa sampai lagu tu sekali hang amek tindakan terhadap blog hang…awat hang bercinta dengan seseorang ka? Hang frust ka dengan dia…sampai buang habeh segala blog kesayangan hang?
No lah...dia bagaikan anak aku! Permata hatiku! Tapi dia pergi setelah seseorang menceritakan dan menyebarkan fitnah tentangku, aku menjadi terlalu kecewa! Sekali lagi aku serahkan pada Allah SWT~!
Dia yang berniqab~!
He he he ….
Aku bukan jenis yang mudah buat kelaku(perangai) lagu(macam) tu.  

Prinsip aku tentang perempuan nih mudah saja.   

Boleh mai, tak boleh melekat…apatah lagi ambek kesempatan!

Cumanya peristiwa tahun 2003 dulu (isy dah 9 tahun dah noh~ sat saja)
Aku akui aku melakukan kesilapan yang paling BODOH dalam hidup aku! Pastinya aku tak mahu dah buat kesilapan macam tu. Tapi yang paling DAJJAL sekali bila BOS aku waktu tu membuka rahsia dalam mesyuarat pengurusan tentang hubungan aku dengan seorang janda (malu la wei!)

Antara perkara yang perlu seorang ketua lakukan ialah merahsiakan benda yang memberi implikasi pada kehidupan anak buahnya.   Tapi dia buka pekung aku...Serah saja pada Allah SWT! Balasannya tetap berlaku pada dia dan dah pun berlaku pada dia!  Aku tamau cerita sebab boleh memalukan dia! Bior lah! 

He he he…namun aku la ni dah maafkan depa semua…pasai aku rasa dia pun  tak sangka kata benda-benda penyebaran akan berlaku di kalangan puak-puak yang ada dalam pengurusan tuh…La ni aku rasakan bahawa akulah yang menjadi mangsa keadaan , hanya aku yang mengetahui apa yang berlaku sebenarnya tapi tak pa aku redho!
Allah maha mengetahui!

Bahkan kes itulah yang menyebabkan aku rasa aku kena pi sekolah lain…
Aku tak boleh duduk dah di sekolah tu...Buang masa saja kalau aku duduk di sekolah tu.  
Masya Allah sebenarnya kekecewaanku denga pihak pengurusan sekolah lebih dari kekecewaanku dengan  peristiwa bersama si janda tu....!
Kekecewaanku sangat memberi kesan dalam kehidupanku...!

So aku isi borang (aku bukan ditukarkan!) and here I am….I am working as Mahawangsan counselor (eja pun dah tak btoi dah). 

Hampa tau dak sesampai di sekolah baru, ada seorang cikgu (sampai la cikgu jantan tu ada dok kelewag kot tepi aku) dok sebag dekat guru-guru di kantin sekolah...
“Hampa jaga, tu kaunselor yang baru mai tu kaunselor yang bermasalah” Masa tu aku ingat aku nak call saja member Lana Bulu, mai pukoi mat sekog nih…Tapi SABARRRR! Kerana buah sabar itu manis…Allah sebut dalam Al Quran
Maka bersabarlah kamu (hai Muhammad) terhadap ketetapan Tuhanmu, dan janganlah kamu seperti orang yang berada dalam (perut) ikan ketika ia berdo'a sedang ia dalam keadaan marah (kepada kaumnya).

Tapi hampa tau la aku pun manusia seperti orang lain….
Dengar saja benda tu, aku down dua minggu (di sekolah baru memang aku tak panggung kepala). Hampa bayangkan dari happy di SMK lama menjadi separa murung di sekolah baru!

Memang tok guru aku pesan agar bersabag!   Selang dua tahun dia (cikgu yang kata dekat aku) keluag dari sekolah aku, pi sekolah A aku dengag macam-macam tentang dia, lepaih tu tukag plak pi sekolah B…Last2 patah balik mai sekolah aku! Inti pati yang aku dengag tentang cikgu ini  ialah CIKGU NI PROBLEM! 
Kan aku dah kata,
Ikut saja perkataan Sabag tu, buahnya manis….Tapi bukan semua Allah akan bagi macam tu pada manusia nih.   Aku ni manusia teraniaya  (aku bukan buat apa) ~ aku hanya ada hubungan dengan si janda, bukan bini orang atau anak murid (aku cukup jaga bab nih).   Sebab guru aku habag, kita lebih hina dari BABI sekiranya kita bercinta dengan isteri atau suami orang! 

Hampa tau dak waktu kes aku hangat dulu, ada pemantauan yang dilakukan oleh pihak PPD…diwakili dua orang.    Seorang boss aku(of coz kaunseling punya boss) dan seorang lagi ialah Penolong PPD.   Penolong PPD ni ataih lagi la rank dia dari boss aku nih.    Rupa-rupanya boss aku ni berani dan dengan celuparnya mengeluarkan kenyataan hampeh!

“Aku tinggai hang sat saja noh, hang dah buat perangai”

…Macam nak terajang pun ada, macam nak sula pun ada mangkok hayun sekoq nih...
…Aku lantas bangun dan ke bilik air…
…Basuh muka amek ayag sembahyang di bilik ayag guru kanan(peristiwa tu berlaku di bilik guru kanan)…aku terus chow ikut pintu lain…
….Semenjak tu aku berserah pada Allah SWT tentang boss aku nih!

Hampa tak perasankan, tentang penolong PPD tu? Apa dia kata dekat aku…"tak patut dia keluarkan kenyataan lagu tu!"

Si mangkuk ni (boss) tak tau kata sebenagnya aku dah ke rumah penolong PPD ni dan dah ceritakan segala-galanya sebelum dia mai ke sekolah tengok aku (isi cerita tak payahlah hampa amek tau).

Aku SABARRRRRR!
Akibatnya bos aku tu…la ni dah berenti jadi cikgu! Kan aku dah kata Sabar je dan serah pada Allah..Allah Maha Adil! (aku tadak niat nak kata aku baik tapi aku terlalu percaya pada kata-kata SABAR tu)...

Sebab tu jangan sama sekali buat naya dekat sapa-sapa sekeliling kita…Bahaya sebab kalau orang yang kita aniaya tu mendoakan kita…maka kita yang akan mendapat masalah!

Tapi aku bangkit balik bila aku jumpa dengan beberapa orang pelajar yang sangat bermotivasi seperti Nur Diana Erma Adzali dan yang lain-lain. Aku mengerakkan program di sekolah dengan bermacam-macam-macam program sehinggakan program yang aku buat tidak pernah di buat oleh kaunselor sebelum aku!   Bilik kaunseling di upgradekan la ni sampai dah ada aircond!  
 Ok bro….takat ni saja boleh aku ceritakan serba sedikit tentang bab serahkan pada Allah segala masalah kita…Dia yang maha mengetahui!

2 comments:

  1. huhuhu...sedihnya...xsangka ustaz lalui masalah cmni..ustaz ka yg mnta tukar dri sekolah kita??serius cakap,lepas ustaz pindah,bilik kaunseling tu dh suram,muram..dh ilang seri..jarang dh ada student lepak kt bilik tu..termasuk la ira n kawan2..trus dh xbt studi group kt bilik tu..rs terkilan sgt dgn pemergian ustaz :'(

    ReplyDelete
  2. ye...itulah ceritanya! He he he serah saja pada Allah!

    ReplyDelete