Thursday, 20 September 2012

Schabella~!

Ya Allah....sedetik lagi berjalan aku pasti akan rasakan asap hangit keluar dari ke dua belah kakiku.
Lenguh!
Sakit!
Pedih tapak kaki!
Peluh membasahi belakang badan aku.

Gatal!
Bodoh betul! Pasai pa yang hang pi parking kereta jauh sangat dari pusat konvo.   La ni bukan setakat jauh nak cari balik....bahkan betulkah jalan yang diambil ni menggambarkan jalan ke tempat parkir tu?

Wahai Amin Sahab! Aku rasa jalan ini salah.

"Bang nak tanya!"   tak sempat nak bagi salam dek kerana kakiku yang terlalu tersiksa.   Tekakku menjadi terlalu haus menanggung badan  selebar tayar traktor(ye ke selebar tayar traktor? tipulah...kihkihkih).

"Ya Encik" jawab salah seorang dari dua orang pak Guards(ada s sebab plural~kihkihkih)...

"Saya mahu mencari tempat letak kereta saya tadi." berterus terang di sebalik rasa malu,

Kecik saja aku rasakan ego aku~ macam Jyothi Amega setinggi 58cm berberat 5kg tu....(5 kg? Biaq btoi, entah aku pun ingat~ingat lupa).  

"Encik parking di mana?"
"Entahlah...tapi saya rasa saya saya letak berhadapan dengan  pusat aktiviti pelajar yang ada kiosk bank Islam," aku cuba memberi penerangan.   Macam orang bodoh memberi penerangan.

"Ada 3 tempat yang ada kiosk bank Islam di USM ini encik, yang mana satu," pak guard muda mengada-ngada membalas kata-kataku.  
Hmmmmm. Mampuih dah aku....Macam mana aku nak terangkan.

Tu la hang, len kai tangkap gambag tempat tu.  Bukan aku tamau tangkap gambag, setiap kali aku nak tangkap gambag fon aku suruh delete buang memori...malaih la aku nak proses fon aku nih! Lambat!
Pasai tu la aku nak beli smart fon S3...canggih dan canggun!

Malaih, inilah kesan orang malaih! Padan muka hang!

"Macam ni bang, saya tadi parking berdekatan dengan pusat aktiviti pelajar kemudian saya kona(corner) kiri...terus ke satu bangunan saya kona kanan menuju terus ke perpustakaan!" Segala penerangan bersama dengan tangan kiri dan tangan kanan.   Sekali dengan mulut di muncungkan dan diherot petotkan.

 Kalau tak paham juga dua-dua pak Guards nih aku akan lipat dua macam hantu Mak Limah filem Hantu Mak Limah Balik Kampung buat dekat Tok Bomo Siam (keh keh keh) tu...Warning terakhir! Isyyyy...
Terutama yang muda nampak samseng semacam.   Ini orang lana Bulu bro! Ganas tau tak!   kih kih kih (dalam hati boleh la....sebenarnya dalam hati terlalu banyak Taman~ penakut plak tu bro!)
Tangan ala-ala dah ready nak kepak(lipat) diorang!

Kaki montok aku berpinar pedih di telapaknya.    Kebetulan plak pakai kasut ala-ala panglima capal RM50 beli di Pekan Rabu!
Kasut raya!   Keras nak mampus dasarnya!   Tapak kakiku sebelah kiri macam dibubuh cabai! Pedih! Meluatnya!
Kalau dulu~dulu di kampung, aku jalan kaki ayam saja. Ini di USM bro. Mahligai gading.

"Ohhh...yang tu encik kena patah balik, abek lorong ke dua ke kiri!" Pak Guard tua memberi penerangan.! Alhamdullillah!

Aku nak ucapkan terima kasih, kalau di Jitra aku dah belanja depa makan nasi pak Usop Bistro sedap oiiii...tapi aku dah cuba untuk kurangkan makan di situ sebab aku dah boleh trace rasa dia....! Cemuih(bosan)!
"Ohhh terima kasih encik...! salam bertukar tangan.

Kaki mula bergerak...Menapak perlahan~ lahan mendaki bukit oiii! Kalau 10 tahun dulu tak de hal punya...Sekarang dah trok oiiii...Kena balik main GYM! Chait! RM3 sekali masuk sangat berbaloi dengan nilai keperitan sakit kaki nih!   GYM ...tolong!

Menapak dan terus menapak berjumpa dengan aak dara sepanjang perjalanan...tak da masa nak memerhatikan mereka...sifat semulajadi aku memerhati gelagat manusia. Bukan setakat memerhati bahkan juga boleh menilai. Menilai? Hmmmmm, kalau anak dara tau~ masalah nih!

Akhirnya sampai juga aku ke kereta.  
Start enjin kereta.
Aircond di buka
Legaaaaa!

Air mineral spritzer(feveret aku) melucur laju membasahi tekak!

Nikmatnya...

Kereta kemudiannya bergerak perlahan-lahan ke arah masjid USM di mana di situ semua insan tersayang menunggu apatah lagi sang Permaisuriku yang siap menelefon meminta agar aku membawakan air mineral untuk diminum oleh sekurang-kurangnya lima orang lagi!
Gulp! Air sudah tinggal sepertiga botol. Mampus aku!   Ah pedulikan! Nanti belilah lain...Pujuk hati.

Kereta meluncur laju melalui asrama bertulis "RESTRICTED AREA"~ mesti aku lalu ikut asrama pelajar perempuan!   Lalu aje Bro.   Bukan engkau nak mengendap.    Semua hari ini menjadi one way.  Semua menjadi perlahan.

Bila mengingatkan tentang one way ini! begitulah kehidupan kita.  

One way saje.
Tak de Two way atau boleh berpatah balik ke belakang.

Oleh itu nikmatilah dengan apa yang kita ada terutama kehidupan bersama anak-anak kerana nikmat bersama anak-anak ini hanya sekali. Cuba bayangkan umur anak kita 6 tahun 3 bulan 2 hari 5 jam 4 minit 8 saat...detik hanya sekali sahaja dalam kita menikmati bersama dengannya. Oleh itu hargailah setiap saat tersebut.
Thats why aku naik heran bila orang banyak membuang masa di kedai makan menikmati teh tarik sehingga dua tiga jam...Isy tak boleh la aku bro! Aku ada banyak kerja......mahu menikmati saat manis bersama anak.

Sampai ke masjid USM...aku mencari parking!

Dari jauh...Schabella!    Gadis manis tersenyum dengan lesung pipit di pipi! Hmmmmmmmmm!

"Cikgu mai mana?" dengan lesung pipit semakin mendalam! He he he...nanti aku sambung cerita pasai dia ok....
Ok bro gua chow duluan. PEACE NO WAR!





  

No comments:

Post a Comment