23 September 2012 ini
Menelan duka
Sebak di dada
Muram durjalah jiwa
Semua kita dengan perginya
Kak Ngah tercinta!
Kak Ngah tewas akhirnya!
Kah Ngah kalah
Kak Ngah akhirnya mengaku kalah dengan kanker!
Kak Ngah, Kak Ngah...
Apakan dayaku kak Ngah!
Kita cuma manusia biasa
Kita cuma insan yang tiada kuasa
Kita redho tunduk pada kekuasaanNya
Kita wajib beriman dan percaya...
Kerna itu yang terbaik untuk kita.
Kerna itu Best of the best buat kita.
Kak Ngah...Selamatlah Engkau di sana
Sekiranya amalanmu baik di dunia dengan saat akhirmu menemui Illahi penuh dengan Zikir dan tahmid...
Doaku
Agar kak Ngah
ditempatkan di kalangan orang beriman dan bertaqwa pada Nya.
Bumi Maktab Mahmud
Bumi UIA
Bumi Pondok Tanjung Bedil
Pasti menangisi dan meratapi pemergianmu
Kerana engkau cucu ulamak
Dan engkau Mujahidah Agama menegakkan segala
Dalam diri mu
Dengan agama yang serba manis
Dengan Akhlak bagaikan kuntum mewangi
Dengan Aqidah berseri-seri
Maka pak cik tua ini
Sangat percaya
Bahawa Allah memandangmu dengan sejuta Rahman war Rohim
Kah Ngah,
Terbayang lembut tutur katamu
Terbayang sopan senyummu
Terbayang mulia akhlakmu
Terbayang baik-baik saja
Terbayang ulia-mulia cuma
Terbayang contoh mujahidah akhir zaman
Kini segalanya lenyap
hilang
disebalik istilah ajal...
Allahuakbar!
Deritamu tamat di sini
Pedihmu disulam zikir zikir dan zikir~!
Tiada keluhan
Tiada kemarahan
Tiada kemurungan
Yang ada hanya senyuman demi senyuman
Engkau pergi dengan tenang
Ruhmu kembali kepada Allah dengan senang dengan lenang
Selamatlah wahai Kak Ngah!
Selamatlah!
Amin Ya robbal 'Lamin!
(Kak Ngah di dalam sajak ini ialah anak saudara isteriku NURUL AZANI. Meninggal dunia pada 23 September 2012. Tidak ada siapa yang menyangka Kak Ngah akan meninggal di tarikh ini kerana 4 tahun dulu kak Ngah adalah seorang yang mempunya pekej sebagai seorang muslimah mithali. Dia cantik, baik, pembersih, aurat di jaga dan dia suka tersenyum. Aku selalu jadikan kak Ngah sebagi contoh pada anakku Ibtisam kerana pekej yang ada padanya. Tapi itu kini tinggal kenangan sahaja. Kak Ngah pergi meninggalkan seorang anak...Amni berumur 3 tahun dan suami yang sangat penyabar Fathil...Allah sentiasa berikan yang terbaik buat kita semua..Al Fatehah)

No comments:
Post a Comment